Rawatan susulan yang diterima Aya Sheikho di Pusat Rawatan Fisioterapi Dar Toyyibah, Idlib menunjukkan kesan positif untuk pulih.
Selepas beberapa sesi, dia sebelum ini menderita akibat masalah tulang pinggul dan kemudian menjalani pembedahan di bahagian kanan tulang berkenaan, telah boleh berdiri serta berjalan dengan perlahan-lahan.
Aya antara ribuan pelarian Syria yang mendapat manfaat dari pusat rawatan yang kos operasinya disumbang oleh penderma dari Malaysia.
Ramai lagi mereka yang senasib seperti kanak-kanak ini sedang menunggu giliran untuk mendapat rawatan Pusat Rawatan Fisioterapi Dar Toyyibah.
Sumbangan anda telah memberi mereka sinar harapan.
.
#syriacareforhumanity#care4syria#letsbepartofarealsolution#upliftingsoulandhumanity