Whatsapp Image 2020 08 28 At 11.18.14 Am

Bantuan Musim Sejuk 8.0

Tanpa sebarang persediaan, musim sejuk menjadi satu lagi bencana kemanusiaan di Syria. Keadaan hidup yang melarat akibat konflik, menyebabkan mereka terpaksa bergantung dengan ihsan dari luar. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi meringankan beban pelarian, Syria Care menggerakkan Kempen Bantuan Musim Sejuk Kelapan (BMS 8.0). Sumbangan boleh dibuat mulai hari ini, 28 Ogos 2020 sehingga 31 Disember […]

Bantuan Musim Sejuk 8.0 Read More »

117908027 1249103768761873 2318310116301475112 N

Kumpulan Muslimat Prihatin Taman Melawati sumbang RM40,400.00

Alhamdulillah, sebanyak RM40,400.00 telah disumbang Kumpulan Muslimat Prihatin Taman Melawati kepada Kampung Malaysia Syria Care, Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria. Jumlah itu mencukupi untuk membiayai lima buah rumah dan masih ada duit lebih. Baki RM850.00 kemudian diwakafkan untuk Telaga Fatimah. Serahan wang yang dikumpul telah dibuat wakilnya kepada Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar

Kumpulan Muslimat Prihatin Taman Melawati sumbang RM40,400.00 Read More »

117831082 1244259819246268 2671235291131027754 N

Ghoutah : Dalang serangan senjata kimia masih berkuasa!

Ketika sebahagian besar penduduk Ghoutah di pinggir ibu negara Damsyik cuba melelapkan mata di awal pagi 21 Ogos, 2013, mereka dikejutkan dengan bunyi serangan roket. Cukup dikenali sebagai kawasan yang menjadi kubu kuat kumpulan penentang, bunyi letupan bukan perkara pelik dan serangan yang tidak dijangka adalah perkara lumrah kerana itulah harga yang perlu mereka bayar

Ghoutah : Dalang serangan senjata kimia masih berkuasa! Read More »

116901823 1234858450186405 5689634604564791845 O

Majlis Penyampaian Hadiah Maahad Abi Hanifah an Nu’man

Penyerahan keputusan peperiksaan bagi sesi pengajian 2019/2020 kepada para pelajar Maahad Abi Hanifah an Nu’man telah dibuat dalam majlis penyampaian hadiah pada 11 Ogos 2020. Maahad Abi Hanifah An Nu’man terletak di ‘Adnaniyah, Idlib ditaja penuh rakyat Malaysia melalui Tabung Pendidikan Back2School Syria Care. Tabung berkenaan dibuka sepanjang tahun bagi memastikan anak-anak di sana mendapat

Majlis Penyampaian Hadiah Maahad Abi Hanifah an Nu’man Read More »

117444427 1236619650010285 6383583969292934015 O

Pembinaan Awal Masjid Al Husna di Wakaf Perumahan Pelarian Syria

Pembinaan masjid di Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Al Bardaqli telahpun bermula. Sebahagian kosnya ditaja oleh seorang dermawan dari Maldives. Masjid yang diberi nama Al Husna mempunyai keluasan 206 meter persegi dan bakal diimarahkan oleh penghuni Kampung Malaysia dan penduduk di kem-kem berdekatan.

Pembinaan Awal Masjid Al Husna di Wakaf Perumahan Pelarian Syria Read More »

Whatsapp Image 2020 09 01 At 5.20.53 Pm

Selimut untuk Syria

Memegang selimut yang tebal,berat tetapi lembut ini, berbagai perasaan bermain di fikiran. Terasa sebak kerana membayangkan bagaimana selimut seperti ini bakal membaluti tubuh-tubuh yang kedinginan dalam musim sejuk yang bakal tiba di Syria. Terasa bangga kerana membawa nama Malaysia ke persada dunia dalam bidang kemanusiaan. Terasa gembira kerana berkhidmat di sebuah organisasi yang mementingkan amanah

Selimut untuk Syria Read More »

117390237 1235716610100589 1462722470664053866 O

Kemaskini Pembinaan Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria | 9 Ogos 2020

Kemaskini Pembinaan Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria (9 Ogos 2020) 180 dari 226 buah rumah hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria di Bardaqli, Atma telahpun dibangunkan. Manakala 66 buah rumah lagi masih berbaki untuk diwakafkan. Apabila siap kelak, projek penempatan tersusun yang terdiri dari 292 buah rumah akan dilengkapi dengan kemudahan

Kemaskini Pembinaan Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria | 9 Ogos 2020 Read More »

Whatsapp Image 2020 08 11 At 12.33.49 Pm

Bantuan tidak berakhir di sini…

Bantuan tidak berakhir di sini… Tanpa ikhtiar dan usaha serta sokongan daripada orang ramai khususnya rakyat Malaysia, bantuan kecemasan roti yang digerakkan Syria Care pada Jun lepas kepada pelarian Syria di utara negara berkenaan tidak akan menjadi kenyataan. Ia bukan bantuan biasa kerana ketika itu, kejatuhan mendadak matawangnya telah mencetuskan krisis bekalan makanan asas selepas

Bantuan tidak berakhir di sini… Read More »