Atma dan Aku (Bahagian 4)

1.4

Bercerita mengenai sambal ikan bilis ini ada kisahnya.

Pada misi kali ini, Ustazah Siti Sakinah ada mengirim sekotak bekalan makanan kering sebagai buah tangan kepada Kak Ameenah.

Segalanya berjalan lancar. Ketika di Istanbul, kastam tidak kisah. Begitu juga sewaktu sampai di Lapangan Terbang Hatay. Keadaan sebaliknya berlaku ketika melepasi pusat pemeriksaan Turki di pintu keluar Cilvegozu sebelum memasuki Bab al Hawa di Syria.

Askar Turki meminta kotak yang berbalut lengkap itu dibuka satu persatu.

Disuruhnya aku koyakkan plastik serunding dan diarah pula meratah. Dikhuatirinya hashish. Akupun mengunyah sampai “pedar”. Selepas puas aku tidak khayal, dia belek lagi barangan lain satu persatu. Dibukanya bekas lut sinar dan cuba dihidunya.

“Nah!!! Giliran kau pulak yer…merah batang hidung kau terkena bau sotong kering. Nasib baik bukan budu…”kata aku dalam hati. Bak kata orang dulu-dulu, wal hasal balik hasil.Pengiring kami, Ismail Kaya dan Aznan hanya tersenyum melihat gelagat itu.

Terima kasih sotong kering kerana membantu kami…

Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini