ANGGOTA MAJLIS KESELAMATAN PRO PENGGANAS-IRAN

WhatsApp Image 2018-02-26 at 09.56.40

Serangan ke atas kedudukan kumpulan anti kerajaan di Timur Ghoutah oleh regim Bashar al Assad dan sekutunya perlu diteruskan meskipun, resulosi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta gencatan senjata dilaksana tanpa ditangguh.

Ketua Panglima Angkatan Bersenjata Iran, Major Jeneral Mohammad Baqeri berkata, bahawa negaranya dan Syria menerima keputusan yang dibuat badan dunia itu, tetapi akan meneruskan serangan ke atas kawasan pinggir Damsyik itu yang masih dikuasai kumpulan yang dilabelnya sebagai “pengganas”.

” Sekali lagi, seperti masa lalu, mereka yang tidak mahu keselamatan dan keamanan di Syria berselindung di sebalik gencatan senjata dalam usaha menyokong pengganas selepas mereka melihat tentera kerajaan membersih kawasan pinggir Damsyik,” katanya yang dipetik Press TV.

Menurut Baqeri, kawasan Timur Ghoutah khususnya yang masih dikuasai Nusra Front dan kumpulan lain tidak tertakluk kepada gencatan senjata 30 hari yang dibuat Majlis Keselamatan pada Sabtu lalu.

Tegasnya, usaha “pembersihan” akan diteruskan di kawasan berkenaan.

Dalam perkembangan yang sama, Jaish al-Islam dan Faylaq al-Rahman dua kumpulan utama di Timur Ghoutah menyambut baik usaha yang dilakukan masyarakat antarabangsa tetapi menegaskan akan bertindak balas jika diserang.

“Jaish al- Islam memberi sepenuhnya komitmen untuk melindungi konvoi kemanusiaan tetapi akan bertindak balas dengan segera terhadap sebarang pencabulan yang dibuat kerajaan,” lapor Al Masdar News.

Kenyataan sama turut dibuat Faylaq al-Rahman.

Sementara itu, Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), melaporkan serangan bom pada Ahad berkurangan berbanding hari-hari sebelumnya.

Di Douma, bandar utama di Timur Ghoutah, serangan roket dan meriam masih lagi dilancarkan sehingga ke saat ini.

 

Kongsi Artikel Ini