(BAHAGIAN 1)
Anak yatim kita lari dari Jisr al-Shughur?
Ya!
Tentu anda masih ingat 12 orang anak yatim yang kita baru sahaja ber”Skype” dengan mereka bulan lalu.. Namun, serangan yang tidak henti di Jisr Al-Shughur, Idlib menyebabkan mereka terpaksa lari dari kawasan tersebut dan tinggalkan rumah mereka.
Lihatlah anak-anak kita di dalam lori itu.
Mereka hanya diangkut menaiki lori bersama barang-barang yang sempat dibawa bersama ke ‘rumah’ baharu kerana itu sahaja kenderaan yang ada ketika itu.
Perjalanan mereka memakan masa lebih dari 1 jam sedangkan jaraknya cuma 20km. Mereka perlu berhati-hati kerana sepanjang perjalanan tersebut masih ada pesawat perang yang melintasi udara mereka. Allahu Akbar!Jika silap percaturan, mereka mungkin menjadi sasaran. Nauzubillahi min dzalik…
Nanti Admin sambung lagi kisah anak yatim kita ini ya!
Jika anda ingin tahu mereka selamat tiba ke destinasi ataupun tidak?Komen ‘YA’ di bawah.
Terus doakan keselamatan semua anak-anak kita di Syria. Semakin dekat dengan Aidiladha, semakin teruk pula serangan di sana. Hasbunallahu wa ni’mal wakeel…
Sesi Skype bersama mereka(Jun 2019)
https://www.facebook.com/pg/SyriaCareProjects/photos/?tab=album&album_id=904634229875497