Hayat Sarjan Muhammad Hanif Hassan daripada Balai Trafik IPD Alor Gajah, Melaka di dunia fana ini telah berakhir setelah dia terbabit dalam nahas jalan raya.
Bagi memastikan sedekah jariahnya terus hidup dan berpanjangan, kaum keluarga arwah dan warga IPD Alor Gajah serta sahabat handai mengambil inisiatif menjual komponen motorsikalnya yang masih elok yang terbabit dalam kemalangan.
Kutipannya kemudiaan disumbangkan ke Tabung Kemanusiaan Syria Care untuk diinfak ke Tabung Bantuan Kecemasan Roti dan sebahagian lagi diwakaf bagi Projek Wakaf Perumahan Pelarian Syria, Kampung Malaysia.
Buat kaum keluarga Allahyarham dan sahabat handainya, pihak kami merakamkan ucapan takziah dan jutaan terima kasih atas usaha murni memanjangkan sedekah khairat untuk arwah.
Semoga segala amalan soleh arwah diterima Allah dan rohnya ditempatkan pada kedudukan yang mulia bersama para syuhada, auliya dan anbiya.
“Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibu bapanya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
#syriacareforhumanity#syriacare#friendsofpdrm#tabungkemanusiaansyriacare#bantuankecemasanroti#wakafkampungmalaysia#letstopupourbankakhirat#inibukankerjamainmain#upliftingsoulandhumanity