Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib
Hari Kelapan
Alhamdulillah. Agihan bantuan makanan untuk pelarian Idlib bagi hari kelapan telah berjaya dilaksanakan.
🍕 Pek Makanan: 788 pek
🍕 Makanan: Nasi, ayam, sayur, kacang, yogurt dan roti.
Seramai 3,152 pelarian di Abin dan Sam’an mendapat manfaat daripada agihan hari kelapan ini.
Untuk makluman semua, penerima makanan ini adalah pelarian dari pinggiran Idlib Selatan dan juga pinggiran Hama yang lari dari kampung halaman mereka akibat pengeboman yang tidak henti di sana.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyumbang melalui Tabung Kecemasan Idlib yang Syria Care gerakkan.
Bantuan makanan akan diagihkan secara berperingkat.
Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care.
#syriacaremedia #syriacareforhumanity