Agihan Bantuan Makanan buat Pelarian Idlib
Hari Ke-10
Alhamdulillah. Agihan bantuan makanan untuk pelarian Idlib bagi hari kesembilan telah berjaya dilaksanakan.
🍕 Pek Makanan: 765 pek
🍕 Makanan: Nasi, ayam, sayur, kacang, yogurt dan roti.
Seramai 3,060 pelarian di Killi mendapat manfaat daripada agihan kali ini.
Untuk makluman semua, penerima makanan ini adalah pelarian dari pinggiran Idlib Selatan dan juga pinggiran Hama yang lari dari kampung halaman mereka akibat pengeboman yang tidak henti di sana.
Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang menyumbang melalui Tabung Kecemasan Idlib yang Syria Care gerakkan.
Teruskan menyokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care.
#syriacaremedia #syriacareforhumanity