Bagi memastikan keadaan infrastruktur dan fasiliti dalam keadaan terjaga dan berfungsi dengan baik untuk jangka masa panjang, penyelenggaraan dan tambah baik sangat diperlukan.
Jenis-jenis Penyelenggaraan:
1) Penyelenggaraan Struktur Bangunan:
- Rumah: Pemeriksaan berkala untuk memastikan struktur dalam keadaan stabil, pembaikan bumbung, dinding, dan asas.
- Masjid, Sekolah, Pusat Perubatan dan Dewan Serbaguna: Pemeriksaan berkala untuk sebarang kerosakan, pembaikan untuk memastikan keselamatan dan fungsinya.
- Premis Perniagaan dan Gudang: Penyelenggaraan kemudahan penyimpanan, pembaikan sebarang kerosakan.
2) Penyelenggaraan Utiliti dan Infrastruktur
- Bekalan Air Bersih: Ujian berkala kualiti air, penyelenggaraan paip air dan sistem penapisan.
- Pam Air: Pemeriksaan berkala bagi memastikan berfungsi dengan baik dan boleh digunakan secara hibrid mengikut musim.
- Panel Solar untuk Elektrik: Pembersihan berkala, pemeriksaan, dan pembaikan panel solar dan sistem elektrik.
3) Penyelenggaraan Kemudahan Komuniti:
- Jalan dan Laluan: Pembaikan berkala untuk mencegah lubang dan memastikan laluan selamat.
4) Sanitasi dan Kebersihan:
- Pengurusan Sisa: Pengumpulan dan pelupusan sisa secara berkala, penyelenggaraan sistem pelupusan sisa.
- Pembersihan: Pembersihan berkala kawasan keseluruhan perumahan termasuk masjid, sekolah, pusat perubatan, dan dewan serbaguna.
5) Penyelenggaraan Pencegahan:
- Pemeriksaan dan pemeriksaan rutin yang dijadualkan untuk mencegah isu besar sebelum ia berlaku.