Hujan lebat berterusan disertai air pasang besar telah menyebabkan beberapa negeri pantai timur negara mula dilanda banjir besar.
Ratusan kediaman musnah, ribuan harta benda tenggelam, dan ratusan keluarga hilang tempat perlindungan.
Situasi menjadi semakin genting apabila air naik dengan pantas, menyebabkan ramai mangsa terperangkap, termasuk kanak-kanak, ibu mengandung, dan warga emas yang memerlukan bantuan segera.
Banjir kali ini dijangka memberi impak besar, dengan anggaran kerugian mencecah ratusan ribu ringgit dan risiko kemalangan jiwa yang membimbangkan.
Mengikut laporan media, bilangan mangsa terus meningkat dan pada 30 November 2024, ia mencecah hampir 145,000 mangsa di seluruh Malaysia. Di saat seperti ini, mereka sangat memerlukan sokongan kita.
Maklumat Terkini Bencana Banjir
PPS Buka
0
Negeri
0
Keluarga
0
Mangsa
0
Sumber: Info Bencana JKM, 2 Disember 2024 (12.15 tengah hari).
Bagi meringankan ujian mangsa banjir, Syria Care telah melancarkan projek Bantuan Kecemasan Mangsa Banjir[Emergency Aid] untuk membantu saudara-saudara kita yang terkesan.
DANA DIPERLUKAN
ANGGARAN PENERIMA
RM50,000
10,000 Orang
JENIS BANTUAN MERANGKUMI
MAKANAN SIAP MASAK
KIT KEBERSIHAN & UBAT-UBATAN
AIR BERSIH
PAKAIAN, SELIMUT & TOTO
LAMPIN BAYI & SUSU
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat” (HR – Muslim)
Sama-sama kita doakan semoga semua yang diuji dengan musibah ini dikurniakan kesabaran dan kekuatan.