Logo Wtw

Sebuah inisiatif pengumpulan dan penghantaran pakaian musim sejuk kepada mereka yang memerlukan di Syria.

Child

Derita Kesejukan Melampau

Walaupun Syria telah mencapai kebebasan, ramai rakyatnya masih terpaksa tinggal di dalam khemah usang dan rumah yang musnah. Musim sejuk dan salji menjadi mimpi ngeri dengan cuaca beku di bawah paras sifar mampu meragut nyawa. Ujian ini terlalu berat untuk mereka tanggung.

Bersama kita boleh bantu sediakan kelengkapan pakaian musim sejuk untuk mereka menerusi Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter.

Apa Itu Projek Warm Their Winter?

Projek Warm Their Winter adalah sebuah inisiatif pengumpulan dan penghantaran pakaian musim sejuk kepada mereka yang memerlukan di Syria bagi membantu menghadapi musim sejuk dengan suhu sehingga di bawah paras beku.

Ianya merupakan komponen penting kepada Kempen Winter Aid yang dianjurkan oleh Syria Care setiap tahun.

Pada tahun 2019, ianya telah dinamakan semula sebagai
Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter
dan digunakan sehingga ke hari ini.

Projek ini yang dimulakan pada tahun 2014 dengan nama ‘Pakaianku Mendahului ke Syurga’ telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.

Kutipan pakaian yang dikumpulkan akan dihantar menggunakan kontena ke bumi Syam bagi memastikan mereka di sana mendapat kelengkapan pakaian rapi sebagai persediaan untuk mengharungi musim sejuk.

Dcim100mediadji 0231.jpg

Gambar: Kontena Warm Their Winter yang telah penuh dengan 792 kotak pakaian musim sejuk dan 236 selimut tebal hasil sumbangan rakyat Malaysia pada tahun lalu.

Bersama Jayakan Misi Ini!

Bagi memastikan bantuan pakaian musim sejuk ini diterima oleh para penerima manfaat, Syria Care telah menggerakkan sumbangan Tabung Warm Their Winter khusus untuk mengumpul dana bagi menampung kos pengurusan dan penghantaran kontena ke destinasi yang ditetapkan.

Selain itu tabung ini juga dibuka untuk pembelian guni pakaian atau bale berisi pakaian musim sejuk terpakai bagi mereka yang ingin turut sama menyumbang tetapi mempunyai kekangan untuk mendapatkan pakaian sesuai yang diperlukan.

Bagaimana anda Boleh Bantu?

tabung

TABUNG WARM THEIR WINTER

Sumbangan kos pengurusan dan penghantaran kontena daripada Malaysia ke Syria yang bernilai RM150,000.00.

bale

PEMBELIAN 'BALE BUNDLE'

Pembelian Bale Bundle pakaian musim sejuk melalui Syria Care untuk disumbangkan kepada rakyat Syria.

pakaian musim sejuk

PAKAIAN MUSIM SEJUK

Anda boleh menyumbang pakaian musim sejuk yang bersih dan elok ke lokasi pusat pengumpulan yang ditetapkan.

Happy Box

HAPPY BOX

Hantar ‘Happy Box’ untuk anak-anak Syria yang mengandungi set alat tulis, kotak pensil dan kad ucapan. Terhad untuk 200 orang terawal sahaja.

sukarelawan

SUKARELAWAN

Sukarelawan diperlukan bagi membantu kerja-kerja penerimaan pakaian, pemilihan, pengasingan & pembungkusan.

Garis Panduan Pakaian Yang Diterima

kot

Baju Sejuk & Jaket

Baju sejuk lelaki, wanita dan
kanak-kanak sangat diperlukan.

bajuthermal

Baju Thermal

Membantu menjaga keseimbangan
suhu tubuh badan.

lenganpanjang

Baju lengan Panjang

Berfungsi sebagai lapisan yang dapat memberikan kehangatan.

boots

Kasut

Terutamanya 'boots',
kasut kalis cuaca dan tahan lasak.

aksesori

Aksesori

'Snow cap', sarung tangan, mafla,
stoking tebal dan yang berkaitan.

selimut tebal

Selimut tebal

Untuk kegunaan di dalam khemah bagi mengekalkan rasa kehangatan.

Maaf, Kami tidak menerima

No




Baju yang nipis, baju lengan pendek, baju kurung, baju kebaya, baju melayu, baju koyak, baju yang rosak, baju tidak sopan dan lain-lain pakaian yang tidak sesuai untuk kegunaan ketika musim sejuk.

Agihan Tahun Lalu

Wajah-wajah penerima pakaian musim sejuk melalui Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter pada tahun 2024. Mereka sangat gembira kerana baju-baju yang diterima berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baharu.

Berkonsepkan Free Market, penerima manfaat berpeluang untuk memilih sendiri pakaian seperti berkunjung ke kedai namun tiada apa-apa bayaran dikenakan. Suasana di pusat agihan sungguh meriah dengan kehadiran anak-anak kecil yang hadir bersama keluarga mereka bagi mendapatkan pakaian yang diperlukan bagi mengharungi musim sejuk.

Maklumat Pusat Pengumpulan Utama

Tarikh: 22 - 26 Oktober 2025

Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi: Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam

Days
Hours
Minutes
Seconds

Untuk maklumat Lanjut

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan, sila hubungi talian berikut.

Sumbangan manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh disalurkan ke akaun :

05 01 10

Rujukan: WTW

Sumbangan melalui kod QR :
wtw