Selamatkan masa depan
anak-anak syria
Anak-anak Syria kini bergelut dengan parut fizikal dan psikologi.
Walaupun konflik telah berakhir, masih ramai anak-anak yang keciciran pendidikan kerana banyak kemudahan dan infrastruktur sekolah yang musnah.
Perkara ini memberi kesan kepada perkembangan dan peluang masa depan mereka.
Sisa Perang Halang Akses Pendidikan
DAN MERagut Nyawa Kanak-Kanak
Lebih 30,300 kanak-kanak terbunuh dan cedera sejak Mac 2011.
Sehingga tahun 2025, sisa perang kekal sebagai punca utama kematian kanak-kanak, dengan purata dua orang kanak-kanak setiap hari sama ada terbunuh atau mengalami kecacatan kekal.
Satu pertiga daripada kanak-kanak di Syria menunjukkan tanda-tanda tekanan psikologi termasuk kebimbangan, kesedihan, keletihan, atau masalah tidur yang kerap.
Mereka memerlukan sokongan anda untuk proses pemulihan melalui pendidikan.
Faktor anak-anak Syria keciciran pendidikan
Terlalu ramai anak-anak Syria yang langsung tidak pernah mendaftar ke sekolah, menjadikan mereka generasi yang terputus daripada pendidikan.
Sekiranya ia tidak ditangani segera, mereka bakal menghadapi kesukaran yang lebih rumit bagi menyesuaikan diri dalam persekolahan formal apabila mereka meningkat dewasa kelak.
Perkara ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan peluang jangka panjang demi masa depan yang lebih baik.

Lebih 7,000 sekolah rosak atau musnah akibat konflik kemanusiaan

Lokasi perpindahan jauh dari akses pendidikan

Kualiti pembelajaran yang tidak mencukupi kerana kekurangan bahan dan tenaga pengajar

Hak anak-anak yatim Syria ini dinafikan

Lebih 8,000 sekolah rosak atau musnah akibat konflik kemanusiaan.

Lokasi perpindahan jauh dari akses pendidikan.

Kualiti pembelajaran yang tidak mencukupi kerana kekurangan bahan dan tenaga pengajar.

Akibatnya, lebih 2.4 juta kanak-kanak berumur 5–17 tahun tidak dapat ke sekolah.
Bagaimana Syria Care membantu
SINAR HARAPAN UNTUK PENDIDIKAN
Sejak 2014, Syria Care telah berusaha gigih menyediakan pendidikan berkualiti dan peluang pembelajaran percuma dalam prasarana yang kondusif. Lebih daripada 10 buah sekolah telah ditaja hasil sumbangan rakyat Malaysia bagi membantu komuniti di Syria, Türkiye dan Lubnan.
EducAid merupakan projek pendidikan yang dilaksanakan bagi memastikan bantuan secara berterusan dalam sektor pendidikan. Ia bertujuan memastikan kesinambungan ilmu pengetahuan serta melahirkan para ilmuwan dan cendekiawan masa depan di Syria.
Pendidikan menjadi salah satu fokus utama bantuan Syria Care, khususnya untuk kanak-kanak dan remaja dalam usaha membina semula masa depan mereka.
Buku & Alat Tulis
Makanan & Minuman
Tenaga Pengajar
Bangunan Sekolah
Pengangkutan
📍 Lokasi sekolah-sekolah Syria Care.
Sekolah Ulfah 1 (Lelaki)
- Aqrabat, Syria
- 180 orang pelajar
Sekolah Ulfah 1 (Perempuan)
- Aqrabat, Syria
- 191 orang pelajar
Sekolah Ulfah 3
- Al-Bardaqli, Syria
- 480 orang pelajar (Sekolah Rendah)
- 500 orang pelajar (Sekolah Menengah)
TADIKA ULFAH
- Wakaf Kampung Malaysia Syria Care (WKMSC) Al Bardaqli, Syria
- 60 orang pelajar
Pusat Pendidikan dan Tarbiyah Darul Huda
- Gaziantep, Türkiye
- 20 orang kanak-kanak
- 70 orang remaja
- 28 orang dewasa
HALAQAH AL-QURAN MASJID UM AL QURA
- Ein El Tineh, Dannieh, Lubnan
- 41 orang pelajar

Sekolah Ulfah 1 (lelaki & Perempuan)
Aqrabat, Syria
Sekolah Ulfah beroperasi lima hari seminggu dan sesi pembelajaran berjalan selama enam jam sehari. Mata pelajaran asas seperti Pengajian Al Quran, Bahasa Arab, Matematik dan Sains diajar di Sekolah Ulfah.
Selain pembelajaran asas, aktiviti ko-kurikulum seperti bola sepak dan menunggang kuda juga diserapkan dalam silibus pembelajaran. Kelas elektif turut disediakan bagi membantu pelajar yang tercicir pelajaran. Selain menikmati makanan secara percuma, pihak pengurusan sekolah turut menyediakan perkhidmatan bas sekolah, juga secara percuma.
MAKLUMAT SEKOLAH
Sekolah Ulfah 1 (Lelaki)

180 orang
Pelajar

18 orang
Guru

2 orang
Staf Pengurusan

5 orang
Staf Sokongan
Sekolah Ulfah 1 (Perempuan)

191 orang
Pelajar

18 orang
Guru

1 orang
Staf Pengurusan

1 orang
Staf Sokongan
Sesi: Pagi
Peringkat: Sekolah Rendah
Hari Persekolahan: Ahad hingga Khamis
Mata Pelajaran: Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pengajian Al-Quran, Matematik, Sains, Sukan dan Seni
Fasiliti Sekolah:

11 Bilik Darjah

Bilik Guru

Ruang Solat

Dewan Makan

Dapur

Taman Permainan

Kolam Renang

Padang Perhimpunan

Perpustakaan

Bas

Sekolah Ulfah 3
Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria
Sekolah Ulfah 3 di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli utara Syria, mula beroperasi pada Oktober 2021.
Bagi memenuhi keperluan pendidikan kanak-kanak, sebuah bangunan empat tingkat didirikan dengan dilengkapi 15 buah bilik darjah, bilik guru, kawasan perhimpunan dan makmal sains. Ia menawarkan pendidikan di peringkat rendah, menengah dan menengah tinggi.
Ketika ini terdapat 60 orang guru yang mengajar subjek Bahasa Arab & Inggeris, Matematik, Sains, Hadis dan Quran kepada 787 orang pelajar. Sesi pembelajaran dibahagi kepada dua iaitu lelaki dan perempuan.
Sekolah Ulfah 3 sangat penting, kerana ia menjadi satu-satunya sekolah peringkat menengah di kawasan itu.
MAKLUMAT RINGKAS

787 orang
Pelajar

60 orang
Guru

6 orang
Staf Pengurusan

2 orang
Staf Sokongan
Sesi: Pagi dan Petang
Peringkat: Rendah dan Menengah
Mata Pelajaran: Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Syariah, Pengajian Al Quran, Fizik, Kimia, Biologi, Kajian Sosial, Falsafah dan Sejarah.
Fasiliti Sekolah:

15 Bilik Darjah

Makmal Sains

Bilik Guru

Padang Perhimpunan

Dapur

Bas

Tadika Ulfah
Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Al Bardaqli, Syria
Terletak di Wakaf Kampung Malaysia Syria Care, Tadika Ulfah mula beroperasi pada November 2022. Tadika ini membuka peluang kepada kanak-kanak Syria di sekitar kawasan tersebut untuk mendapat pendedahan awal kepada pendidikan.
Selain itu, anak-anak di tadika ini mendapat manfaat seperti: Membina keyakinan diri
Persekitaran pembelajaran yang selamat dan selesa
Aktiviti yang merangsang dan melibatkan minda
Pembelajaran melalui kaedah berasaskan permainan
Persediaan ke sekolah rendah
Semoga dengan adanya tadika ini dengan operasi berterusan hasil sumbangan orang ramai, anak-anak pelarian Syria dapat melakar masa depan mereka yang lebih baik.
MAKLUMAT RINGKAS

60 orang
Pelajar

3 orang
Guru
Sesi: Pagi
Mata Pelajaran: Pengajian Al Quran, Asas membaca Bahasa Arab, Asas membaca Bahasa Inggeris dan Asas Matematik
Fasiliti Sekolah:

4 Bilik Darjah

Ruang Makan

Padang Aktiviti

Pusat Pendidikan dan Tarbiyah Darul Huda
Gaziantep, Türkiye
Pusat Pendidikan dan Tarbiah Darul Huda ditubuhkan bagi menyediakan peluang belajar kepada rakyat Syria yang berada di Gaziantep, Türkiye.
Ketika ini, pusat ini mempunyai 120 orang pelajar yang terdiri kanak-kanak, remaja dan orang dewasa yang mengikuti pembelajaran secara sistematik di sini.
Antara kelebihan utama pusat ini ialah penekanan terhadap pembelajaran Bahasa Arab, satu elemen penting yang tidak ditawarkan dalam sistem pendidikan awam Türkiye. Ia memberi ruang kepada pelajar Syria untuk menguasai Bahasa Arab serta memahami Al-Quran dan asas-asas agama dengan lebih mendalam.
MAKLUMAT RINGKAS

120 orang
Pelajar

4 orang
Guru

1 orang
Staf Pengurusan

2 orang
Staf Sokongan
Mata Pelajaran: Pengajian Al Quran, Pengajian Hadith dan Kelas Radhidi (Pengenalan kepada bacaan, penulisan Bahasa Arab)
Fasiliti Sekolah:

2 Bilik Darjah

HALAQAH AL-QURAN MASJID UM AL QURA
Ein El-Tineh, Dannieh, Lubnan
Halaqah Al-Quran di Lubnan telah bermula pada 1 April 2025, dengan fokus membina generasi celik Al-Quran di perantauan.
Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif projek EducAid yang memberi tumpuan kepada pendidikan asas agama bagi komuniti Syria di Lubnan, khususnya kanak-kanak.
MAKLUMAT RINGKAS

41 orang
Pelajar

2 orang
Guru
Mata Pelajaran: Kelas Al-Quran, Tajwid, Hafazan dan Fardhu Ain
TABUNG PENDIDIKAN EDUCAID
Sumbangan manual, transfer, atau secara Cash Deposit Machine boleh salurkan ke akaun:
MAYBANK ISLAMIC
5505 1424 0066
Rujukan: Pendidikan
TABUNG AIR BERSIH UNTUK GAZA
MAYBANK ISLAMIC
5505 1424 0125
Rujukan: Air
Sumbangan melalui kod QR :