Projek penempatan pelarian yang diusir dari Timur Ghoutah di utara Aleppo disumbang sendiri oleh rakyat Syria yang berada di luar negara, tanpa bantuan dana asing.
Dalam temuramah bersama agensi berita Reuters, Komander Jaish al Islam, Issam al Bueaydani berkata, atas faktor itu, ia akan diagihkan secara percuma.
Bertempat 15 kilometer dari Al Bab, projek berkenaan akan membabitkan pembinaan 1,400 buah rumah bersama masjid, sekolah, klinik dan kawasan pasar awam.
Namun begitu tegasnya, ia tidak bermakna mereka akan terus kekal berada di situ.
“Kami akan pulang semula ke bandar kami. Kami akan bebaskan mereka dan tumbangkan kezaliman pengganas (regim Bashar al Assad),” katanya kepada Reuters.
Menurut Issam lagi kelulusan telah diberikan pihak berkuasa tempatan bagi membolehkan pembinaan dilaksanakan.
Bagi tujuan berkenaan, kerja-kerja pembinaan membabitkan anggota Jaish al Islam.
“Semua anggota pejuang pada hari ini bekerja dalam pembinaan. Saya menyertai banyak pertempuran menentang regim dan Nusra Front di Ghoutah.
“Sekarang saya kembali semula kepada kerja asal sebagai tukang rumah.” kata Jaafar al Khouli, 25 tahun./Reuters
Razali Awang
Media Syria Care