Seorang bekas pegawai atasan perisikan Syria diheret ke mahkamah Austria yang mencari perlindungan di negara itu sejak Jun 2015.
Brigadier-Jeneral Khalid Halabi, yang pernah menjadi Ketua Keselamatan di Raqqa, dikatakan terbabit dengan penderaan dan penyalahgunaan kuasa terhadap tahanan di timur wilayah itu.
Dakwaan dibuat berdasarkan bukti yang dikumpul Jawatankuasa Keadilan dan Kebertanggungjawaban Antarabangsa (CIJA).
Ketika perbicaaraan berlangsung, Khalid cuba membuktikan dia tidak terbabit dengan sebarang penyalahgunaan kuasa ke atas rakyat Syria.
Katanya, dia telah membelot pada Mac 2013 dan kemudian melarikan diri melalui Turki ke Perancis sebelum pergi di Austria.
Bagaimanapun identitinya dikenali sebahagian pelarian Syria ketika cuba mencari perlindungan di kem pelarian Traiskirchen.
Obada al-Hamada dan abangnya Alaa, antara mereka yang mendakwa pernah menjadi mangsa Khalid.
Mereka berkata, bekas jeneral itu telah mendera dan memalunya di hadapan khalayak sebelum Raqqa jatuh ke tangan kumpulan anti kerajaan.
Dalam keterangan yang diberikan kepada Zaman al Wasl sebuah laman web milik kumpulan anti kerajaan, Obada berkata pada Februari 2012, pihak keselamatan telah mengintip rumahnya.
Jelasnya lagi, ketika cuba melarikan diri dari kepungan, dia ditahan lima lelaki dan kemudian mengacu senjata serta mengancam akan membunuh sekiranya dia bergerak.
Mangsa mendakwa disumbat ke dalam belakang kereta dengan mata tertutup serta diikat tangan.
Katanya lagi, selepas itu dia dipukul dan dimalukan serta dicampak keluar dalam keadaan yang amat hina./Foto Syrian Observer
Artikel ini telah dipetik dan diolah dari The Syrian Observer.
Razali Awang
Media Syria Care