SEPULUH KALI LEBIH TERUK DARI AFGHANISTAN

9f368950 8de9 11e6 Afd1 1c0f6e75ba2c 1280x720
Situasi di Timur Ghoutah pada masa sekarang sepuluh kali ganda lebih teruk dengan apa yang berlaku di Afghanistan pada 2007.
 
Pandangan berkenaan dikongsi veteran perang Britain yang juga Pengarah Bersama Doctor Under Fire, Kolonel (B) Hamish de Bretton-Gordon.
 
Beliau membuat perbandingan itu berdasarkan pengalamannya berkhidmat selama 23 tahun sebagai tentera di serata dunia termasuk Bosnia, Kosovo dan Perang Teluk.
 
“Berdasarkan pengalaman saya dalam ketenteraan, saya menyaksikan banyak kekejaman. Tetapi saya tidak lihat seteruk yang berlaku di Ghoutah sekarang,”
 
“Tahun lalu ketika seaya berada hampir dengan Aleppo, saya fikir ia yang paling teruk, tetapi Ghoutah lagi dahsyat. Sekiranya Armageddon adalah pengakhiran dunia, di Timur Ghoutah ia nampak seperti kemusnahan pertempuran akhir,” katanya yang di Twitter.
 
Berikutan serangan tanpa henti tentera tentera regim, Hamish merayu masyarakat antarabangsa supaya bertindak menyelamatkan nyawa mereka yang terkepung.
 
Katanya, lebih 120 kanak-kanak di Timur Ghoutah yang kini terperangkap memerlukan rawatan segera kerana keadaan mereka amat terdesak.
 
Sementara itu Al Jazeera melaporkan lebih 126 terbunuh dalam serangan udara tentera regim Bashar al Assad di Timur Ghoutah sepanjang 11 hari lalu.
 
Menurut Observatory for Human Rights (SOHR), seramai 29 kanak-kanak dan 28 wanita telah menjadi mangsa termasuk dalam serangan pada hujung minggu lalu di Hammuriyah, Madira dan Erbeen.
 
Angka itu diperolehi daripada rangkaian pelbagai sumber di dari dalam Syria sejak 29 Disember lalu.
 
Menurut laporan Al Jazeera, dalam serangan yang dibuat, ia memusnahkan sama sekali satu-satunya pusat ambulans di Madira.
 
Timur Ghoutah yang menjadi kubu kuat kumpulan penentang Jaish al Sham, masih dihuni 400,000 penduduk yang dikepung regim sejak empat tahun lalu.
 
Sejak kejatuhan Raqqa pada penghujung tahun lalu, Bashar dan sekutunya Rusia meningkatkan serangan dalam usahanya menawan saki baki kawasan yang masih berada di bawah kumpulan penentang.
 
Selain Timur Ghoutah, serangan tanpa henti turut mensasarkan untuk menguasai wilayah Idlib yang bersempadan dengan Turki.
 
 
#SCNews

Kongsi Artikel Ini