HOSPITAL DI LOKASI RAHSIA

18955007 1977589782527632 1096969091614985135 O
 Usaha pertubuhan sukarela perubatan, Medical Aid Syria untuk membuka hospital baru di bahagian tenggara Idlib dan timur laut Hama buntu selepas ia ditolak penduduk kampung.
 
Dalam status Facebook yang dimuat naik aktivisnya, Dr Shajul Islam, menjelaskan bahawa dia memahami keputusan yang dibuat sebahagian besar penduduk di kawasan berkenaan.
 
“Memahami rekod lampau hospital dan kemudahan perubatan yang telah dibom di Syria, orang awam takut kewujudannya akan membawa lebih banyak serangan udara ke atas bandar mereka yang telahpun musnah,” katanya.
 
Dr Shajul membuat kenyataan itu dalam status Facebooknya, Dr Shajul Islam Official.
 
Dia dan pasukannya terpaksa mengosongkan satu-satunya hospital di kawasan berkenaan berikutan keadaan yang semakin kritikal.
 
Keadaan itu menyebabkan mereka yang memerlukan rawatan perlu di hantar ke hospital lain yang mengambil masa hampir dua jam.
 
Keadaan itu diburukkan lagi dengan keadaan jalannya yang amat teruk.
 
Menurut Dr Shajul lagi, bantahan oleh penduduk setempat tidak mematahkan semangat rakan-rakannya untuk membuka hospital tetapi atas faktor keselamatan ia akan dibina di lokasi rahsia.
 
 

Kongsi Artikel Ini