Dari mula kami stranded dan buat keputusan untuk keluar dari airport, saya dah menghubungi Sheikh Samir, pengasas Syria Care. Beliau yang baru tiba di Istanbul pada waktu itu menghubungi abang dan juga sahabatnya yang berada di Doha.
Sebaik selesai makan dan dibawa pusing-pusing bandar Doha, Puan Anum menghantar kami ke tempat penginapan. Tapi rupanya dalam kekalutan, kami tersilap tempat. Saya pula dah minta Puan Anum pulang kerana dah lama melayan kami. Jadi terpaksa pula kami menunggu sahabat Sheikh Samir tiba sehingga ada ahli tim tertidur di sofa ruang menunggu. Kesian betul saya melihat mereka. Memang masing-masing sudah teramat penat.
Alhamdulillah, akhirnya Encik Abdul Kabir sahabat Sheikh Samir tiba untuk mengambil kami. Dia orang Morocco tetapi pernah tinggal di Malaysia, jadi mampu berbahasa Melayu. Cuma kereta dia kecil sedikit, jadi ada yang terpaksa berhimpit duduk di ruang bagasi yang sudah semestinya penuh dengan beg-beg kami. Mujur perjalanan kami tak lama.
Setelah Encik Abdul Kabir membayar bil, kami pun naik ke bilik dan akhirnya merehatkan badan. Saya dah lost count berapa jam kami dah berjaga. Dari sebelum bertolak hingga saat itu. Yang saya tahu, sudah tiba masa untuk merehatkan badan dan melelapkan mata seketika. Seawal 6 pagi kami sudah perlu bertolak ke airport untuk penerbangan ke Damsyik. Harapnya tiada apa yang menghalang perjalanan kami esok kerana sudah tiada waktu rehat sebaik tiba. Tugas menanti.
Siti Sakinah binti Meor Omar Baki,
Pengerusi Syria Care,
Misi Kemanusiaan Syria Care 20.0
: Maybank – 5505 1424 0118
www.syriacare.org.my/AmalAid
#travelogmisikemanusiaansyriacare20 #iamahumanitarianworker #misikemanusiaansyriacare


