Saudara Syah Rizal Mohamed, pengasas dan juga ketua pegawai eksekutif Stormreaders Network telah mengambil langkah berkerjasama dengan Syria Care untuk sama-sama menjayakan Kempen Ramadan Al-Khair 3 tahun ini. Beliau yang juga salah seorang komposer esportspro.games, ahli serta pengasas kepada kumpulan The Brothers telah dilantik menjadi Penasihat kepada Projek #Food4Syria, satu projek yang mensasarkan untuk memberi makan kepada 19,500 orang dan 14,500 keluarga di Syria sepanjang bulan ramadhan tahun 2015 ini.
Kelihatan di dalam photo beliau bersama-sama dengan Ustaz Rizal Ali selaku Pengurus Projek dan Ustazah Siti Sakinah selaku Pengurus Besar pejabat pengurusan Syria Care.
Syria Care sangat menghargai penglibatan Saudara Syah bersama-sama kami bagi menjayakan kempen kali ini.
Semoga lebih ramai orang-orang professional dan memberi sokongan dalam projek yang akan datang.



![Kenyataan Media Syria Menuju Masa Depan Lebih Stabil Dengan Gabungan Sdf & Kerajaan Baru[1] Page 0001](https://syriacare.org.my/wp-content/uploads/2025/03/KENYATAAN-MEDIA-SYRIA-MENUJU-MASA-DEPAN-LEBIH-STABIL-DENGAN-GABUNGAN-SDF-KERAJAAN-BARU1_page-0001-scaled.jpg)