250 KANAK-KANAK SYRIA LARI SETIAP JAM

Syria War Children 100

45 peratus kenaikan angka kematian membabitkan orang awam di Syria berlaku di kawasan zon bebas perang yang dipersetujui bersama membabitkan regim Bashar al Assad, Rusia, Turki dan Iran.

Peningkatan angka itu menunjukkan ia sama sekali gagal dilaksana sekaligus melindungi nyawa orang awam di kawasan berkenaan.

Dalam laporan yang disiarkan sempena tujuh tahun konflik berdarah di negara itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Save The Children turut mendedahkan sekurang-kurangnya 37 orang awam terbunuh pada setiap hari sejak pertengahan 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Helle Thorning-Schmidt dalam temuramahnya dengan stesyen televisyen France 24 melahirkan kebimbangan dan meminta supaya masyarakat antarabangsa supaya bertindak.

Katanya kengerian yang berlaku di Syria kini berada pada tahap paling teruk.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri Denmark mendedahkan secara purata 250 kanak-kanak Syria melarikan diri dari rumah pada setiap jam bagi menyelamatkan diri akibat konflik yang berlaku.

“Saya berpandangan apa yang kita telah pelajari sejak lebih tujuh tahun lalu di Syria bila kena bom dan perang merebak ke bandar besar, terdapat banyak bandar besar di Syria dan ini selalunya menjadi perang ke atas kanak-kanak.

“Kita perlu bekerjasama dengan semua masyarakat antarabangsa untuk menghentikannya sekarang,” tegas Schmidt dalam rakaman yang turut dimuat naik di portal France 24.

Kongsi Artikel Ini