200 angota White Helmets terbunuh

Untitled
Lebih 200 anggota White Helmets maut sejak pasukan sekurelawan bagi membantu mangsa konflik Syria ditubuhkan pada 2013.
Terbaru dalam kejadian pada Sabtu lalu.
Ia dibuat ketika mana mangsa sedang bersahur di sebuah kem dekat Al Hader, bahagian utara Aleppo.
Sukarelewan berkenaan ditutup mata dan kemudian ditembak dari jarak dekat oleh sekumpulan penyerang yang bertopeng.
Empat daripada mereka mati serta merta manakala seorang lagi meninggal di hospital. Dua yang lain bernasib baik kerana mengalami kecederaan dan kemudian berjaya menyelamatkan diri.
Menurut ketua kem, Ahmad Al Hamis, selain membunuh, kumpulan penyerang turut bertindak melarikan beberapa peralatan termasuk janakuasa elektrik.
Setakat ini tidak dapat dipastikan motif serangan di kawasan yang dikuasai Hayat Tahrir al Sham (HTS) sama ada ia disebabkan rompakan atau petugas di situ sememangnya menjadi sasaran.
“Anda tidak boleh bezakan insiden di Al Hader dengan pembunuhan lain yang telah kerap berlaku dan lebih banyak di kawasan yang dikuasai HTS,” kata jurucakap SOHR, Rami Abdel Rahman.
Meskipun kejadian pada minggu lalu dianggap jarang terjadi tetapi ia pernah berlaku.
Pembunuhan ke atas sukarelawan White Helmets dibuat ketika mana ketengangan kumpulan anti kerajaan yang bersengketa di utara Syria semakin meruncing.
Menurut Middleasteye, sepanjang tempoh 48 jam, lebih 20 maut akibat pembunuhan sesama sendiri.
Ogos tahun lalu, tujuh anggota White Helmets terkorban dalam bentuk serangan yang hampir sama di bandar Sarbin dekat Idlib.
Sementara itu, peningkatan angka korban membabitkan anggota White Helmets dilihat memberi kesan kepada operasi pertubuhan berkenaan yang berdepan dengan pembekuan dana sebanyak AS200 juta oleh Amerika Syarikat.
Washington dikatakan sedang mengkaji jumlah sumbangan yang disalurkan.
Razali Awang
Media Syria Care

Kongsi Artikel Ini