Derita Kesejukan Melampau
Musim sejuk dan salji adalah mimpi ngeri pelarian Syria. Cuaca sejuk di bawah paras beku mampu meragut nyawa. Mereka diuji dengan berat sekali.
Bersama kita boleh bantu sediakan kelengkapan pakaian musim sejuk untuk mereka
menerusi Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter.
Pengenalan
Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter adalah komponen penting projek utama Winter Aid yang dijalankan setiap tahun bagi membantu pelarian Syria menghadapi musim sejuk dengan suhu sehingga di bawah paras beku.
Kutipan pakaian yang dikumpulkan akan dihantar menggunakan kontena kepada para pelarian Syria bagi memastikan mereka di sana mendapat kelengkapan pakaian rapi sebagai persediaan untuk mengharungi musim sejuk.
Projek ini yang dimulakan pada tahun 2014 dengan nama ‘Pakaianku Mendahului ke Syurga’ telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.
Pada tahun 2019, ianya telah dinamakan semula sebagai
Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter
dan digunakan sehingga ke hari ini.
Bagi memastikan bantuan pakaian musim sejuk ini diterima oleh para penerima manfaat, Syria Care telah menggerakkan sumbangan Tabung Warm Their Winter khusus untuk mengumpul dana bagi menampung kos pengurusan dan penghantaran kontena ke destinasi yang ditetapkan.
Selain itu tabung ini juga di buka untuk pembelian guni pakaian atau bale berisi pakaian musim sejuk terpakai bagi mereka yang ingin turut sama menyumbang tetapi mempunyai kekangan untuk mendapatkan pakaian sesuai yang diperlukan.
TABUNG WARM THEIR WINTER
Sumbangan kos pengurusan dan penghantaran kontena daripada rakyat Malaysia kepada pelarian Syria yang bernilai RM200,000.00.
PEMBELIAN 'BALE BUNDLE'
Pembelian Bale Bundle pakaian musim sejuk melalui Syria Care untuk disumbangkan kepada pelarian Syria.
PAKAIAN MUSIM SEJUK
Anda boleh menyumbang pakaian musim sejuk yang bersih dan elok ke lokasi pusat pengumpulan yang ditetapkan.
SUKARELAWAN
Sukarelawan diperlukan bagi membantu kerja-kerja penerimaan pakaian, pemilihan, pengasingan & pembungkusan.
Garis Panduan Pakaian Yang Diterima
Baju Sejuk & Jaket
Baju sejuk lelaki, wanita dan
kanak-kanak sangat diperlukan.
Baju Thermal
Membantu menjaga keseimbangan
suhu tubuh badan.
Baju lengan Panjang
Berfungsi sebagai lapisan yang dapat memberikan kehangatan.
Kasut
Terutamanya 'boots',
kasut kalis cuaca dan tahan lasak.
Aksesori
Snow cap, sarung tangan, mafla,
stokin tebal dan yang berkaitan.
Selimut tebal
Untuk kegunaan di dalam khemah bagi mengekalkan rasa kehangatan.
Maaf, Kami tidak menerima
Baju yang nipis, baju lengan pendek, baju kurung, baju kebaya, baju melayu, baju koyak, baju yang rosak, baju tidak sopan dan lain-lain pakaian yang tidak sesuai untuk kegunaan ketika musim sejuk.
Maklumat Pusat Pengumpulan
23 - 27 Oktober 2024
9.00 pagi - 5.00 petang
Dewan Melati, Jalan Plumbum 7/98, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Agihan Tahun Lalu
Wajah-wajah penerima pakaian musim sejuk melalui Projek Pengumpulan Pakaian Musim Sejuk Baharu dan Terpakai, Warm Their Winter pada tahun 2023. Mereka sangat gembira kerana baju-baju yang diterima berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baharu.
Berkonsepkan Free Market, penerima manfaat berpeluang untuk memilih sendiri pakaian seperti berkunjung ke kedai namun tiada apa-apa bayaran dikenakan. Suasana di pusat agihan sungguh meriah dengan kehadiran anak-anak kecil yang hadir bersama keluarga mereka bagi mendapatkan pakaian yang diperlukan bagi mengharungi musim sejuk.
Untuk maklumat Lanjut
Talian Warm Their Winter
Sumbangan boleh juga dibuat melalui DuitNow QR atau direct transfer ke Tabung ‘Warm Their Winter’.