Oderfood
Logo Oderfood Website 2 1
Bantuan makanan untuk para pelarian di Bumi Syam
Kem

BANTUAN MAKANAN

UNTUK PARA PELARIAN SYRIA YANG MEMERLUKAN

Bayangkan, betapa ramainya orang yang telah kehilangan keluarga akibat konflik kemanusiaan yang tiada penghujungnya. Apakah yang akan terjadi sekiranya mereka tidak menerima bantuan? Sanggupkah kita membiarkan keluarga di sana kekal kebuluran?

Sang ibu yang menangis melihat anak-anak mereka yang kekurangan zat dalam badan. Seorang ayah menyalahi dirinya sendiri akan nasib keluarga sehingga tidak dapat memberikan yang terbaik untuk mereka. Anak-anak kecil akan mula merengek menangis asbab daripada perut yang kosong menahan kelaparan sehingga terasa seperti di toreh isi dalamnya.

“Saya harus membuat keputusan sukar untuk terus hidup. Kami makan sedikit sahaja. Ada hari-hari ketika saya perlu memilih antara anak-anak saya untuk diberi makanan”. – Abu Husain pelarian dari Aleppo
Oderfood

PENGENALAN

APA ITU ODERFOOD?

Syria Care memperkenalkan konsep OderFood di mana bakul makanan yang mengandungi bahan-bahan makanan asas, hidangan pek makanan dan bekalan daging segar ‘Infaq Meat‘ boleh dipesan secara dalam talian dan dihantar kepada para pelarian yang memerlukan.

Menggunakan slogan “Anda pesan, kami hantar“ pesanan anda akan kami sampaikan kepada mereka di Bumi Sham, Syria dan Lubnan.

CARA MEMESAN

Hanya ikuti tiga langkah mudah di bawah:

Asset 6

Layari www.oderfood.my untuk mengenalpasti pakej 'OderFood' yang tersedia.

2

Pilih pakej pilihan anda, masukkan butiran diri dan buat pembayaran.

3

Pesanan anda akan dihantar kepada para pelarian Syria yang memerlukan.

PILIHAN PAKEJ

Berikut adalah pakej makanan yang boleh anda taja untuk pelarian Syria:

bakul makanan

BAKUL MAKANAN

RM200.00 / keluarga

Rice

PEK MAKANAN

RM25.00 / seorang

Meat

INFAQ MEAT

RM50.00 / slot

BAKUL MAKANAN

Ketahui lebih lanjut isi di dalam bakul makanan.

Setiap bakul makanan mengandungi bahan asas seperti beras, minyak, bijirin gandum, pasta, makanan dalam tin dan lain-lain.

PEK MAKANAN

Ketahui lebih lanjut mengenai pek makanan.

Hidangan makanan berzat tinggi seperti nasi bersama ayam dan kekacang. Turut diagihkan bersama minuman yogurt ‘ayran’.

INFAQ MEAT

Ketahui lebih lanjut mengenai sedekah daging segar.

Jumlah sumbangan akan dikumpul sehingga cukup harga seekor kambing. Kemudian, kambing tersebut akan disembelih dan daging segar diagihkan kepada para pelarian Syria.