AYUH, JADI PENGGERAK
BANTUAN KEMANUSIAAN SYRIA CARE!

Poster Infaq Website 01 162333

Rangkuman Agihan 2023

Usaha kami tidak akan berjaya tanpa sokongan anda, ayuh menjadi penyumbang VIP Syria Care.

Pendaftaran hanya sekali sahaja, dan sumbangan anda akan disalurkan secara automatik setiap bulan.

Setiap pendaftaran akan mendapat laporan khusus aktiviti kemanusiaan yang dijalankan oleh Syria Care.

Siapa Kami?

  • Syria Care adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Malaysian Registrar of Societies (ROS) dengan nombor pendaftaran PPM-035-10-11022014.
  • Diasaskan hasil inisiatif warga Syria, Sheikh Samir Sakka, bersama sekumpulan pelajar dari Malaysia yang ketika itu sedang melanjutkan pelajaran ke negara Syria pada tahun 2012.
  • Sehingga kini, Syria Care telah menyalurkan bantuan kepada lebih 1 juta pelarian Syria yang meliputi skop kebajikan, pendidikan dan sosio-ekonomi.

Cara-cara Menyertai Auto Infaq

Klik pada butang nilai sumbangan di bawah (RM30, RM50, RM100).

Isi butiran lengkap anda melalui 'InfaqPay'.

Baca terma & syarat kemudian klik butang 'Register Now'.

Sumbangan akan diproses secara automatik setiap bulan.

Makluman : Pilihan pakej belum termasuk RM1.50 yuran proses InfaqPay untuk setiap transaksi.

Doakan agar sedekah ini menjadi saham akhirat kita nanti.

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, niscaya akan dilipatgandakan (pahalaNya) kepada mereka dan bagi mereka pahala yang banyak” [Al Hadid : 18]

Soalan Lazim

Sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Syria Care sentiasa berusaha untuk membantu memenuhi keperluan kemanusiaan yang mendesak terutamanya buat para pelarian Syria. Oleh itu, kami sangat memerlukan bantuan kewangan yang berterusan daripada para penyumbang yang dermawan untuk membantu menggerakkan misi kemanusiaan yang dijalankan oleh kami.
Fokus utama Syria Care adalah menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria di utara Syria, Lubnan dan Türkiye. Namun, jika ada keperluan semasa yang mendesak seperti bencana dan krisis kemanusiaan yang lain kami juga akan turut membantu walau di mana jua ianya berlaku.

Apabila anda menyumbang kepada Syria Care, anda mempunyai kawalan penuh terhadap sumbangan anda sendiri. Anda boleh menukar sumbangan anda pada bila-bila masa. Namun, kami ingin menggalakkan anda untuk memberi selama mungkin, kerana dengan cara ini anda dapat memberikan lebih banyak perubahan kepada mereka yang memerlukan.

Anda boleh menyumbang melalui projek bermusim dan juga projek jangka masa panjang yang Syria Care jalankan di sini.

Footer 06 09