Frequently Ask Question (FAQ) Wakaf Kampung Malaysia

1. Kenapa wakaf perumahan ini dinamakan Kampung Malaysia?
  Projek ini dinamakan “Kampung Malaysia” kerana ia dibangunkan hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia melalui Syria Care. Penyediaan tapak Kampung Malaysia telah dimulakan dari bulan Mac dan kini memasuki fasa pembinaan 50 buah rumah pertama. Pihak Syria Care akan mengemaskini maklumat dari masa ke masa melalui Facebook, Instagram dan Whatsapp.
2. Dimanakah lokasi wakaf perumahan ini dibangunkan?
  Lokasi perumahan ini dibangunkan di Al Bardaqli, Utara Idlib, Syria.
3. Adakah pembangunan projek Kampung Malaysia ini berada di dalam kawasan yang selamat?
  Sewaktu pemilihan lokasi projek, faktor keselamatan telah menjadi indikator utama di dalam proses penilaian. Ia dikira masih di zon selamat kerana kawasan perumahan ini berada berhampiran dengan sempadan Syria Turki dengan jarak 3 kilometer dan berada dalam perimeter kawasan jagaan Turki.
4. Apakah status pemilikan tanah yang dibangunkan ini?
  Tanah tersebut berada di kawasan wilayah Syria namun diurus tadbir oleh pihak Turki serta telah mendapat kebenaran untuk dibangunkan sebuah kawasan perumahan. Bagaimanapun projek wakaf ini hanya meliputi bangunan rumah sahaja. Rumah-rumah yang dibina juga tidak akan menjadi milik kekal sebuah keluarga/individu pelarian. Seorang pegawai akan dilantik bagi mengurus tadbir kawasan perumahan berkenaan.
5. Berapakah saiz bagi sebuah rumah yang dibina?
  Keluasan bagi sebuah rumah ialah 506 kaki persegi. Turut dilengkapi dengan satu ruang tamu, ruang dapur, satu bilik tidur dan bilik mandi. Rumah ini mampu memuatkan sehingga 5 orang penghuni.
6. Apakah kemudahan yang terdapat di Kampung Malaysia?
  Perkampungan ini akan mempunyai 292 buah rumah kediaman beserta pejabat pengurusan. Ia akan dibangunkan secara tersusun dengan dilengkapi pelbagai insfrastruktur sosial seperti masjid, sekolah, pasaraya mini, pusat rawatan dan taman permainan kanak-kanak.
7. Bilakah pembinaan rumah tersebut dijangka siap?
  Projek pembinaan rumah ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka akan siap dalam tempoh empat hingga enam bulan jika semuanya berjalan lancar mengikut jadual. Syria Care akan mengemas kini perkembangan projek ini dari masa ke masa di media sosial rasmi Syria Care.
8. Berapakah jumlah kos yang diperlukan bagi pembinaan rumah tersebut?
  Kos keseluruhan bagi pembinaan sebanyak 292 buah rumah ini menelan perbelanjaan sebanyak RM2,214,265.20.
9. Apakah pakej wakaf yang ditawarkan di dalam projek ini?
  Projek ini menawarkan 4 jenis pakej wakaf untuk dipilih, iaitu:
Wakaf 1lo t RM30.00 bagi 2 kaki persegi
Wakaf 10 lot RM300.00 bagi 20 kaki persegi
Wakaf 100 lot RM3,000.00 bagi 200 kaki persegi
Wakaf 253 lot RM7,590.00 bagi 506 kaki persegi (sebuah rumah)
10. Adakah Wakaf Kampung Malaysia berbentuk bayaran bulanan atau sekali penyertaan?               
  Penyertaan wakaf ini adalah bersifat sekali penyertaan sahaja tanpa mengikat tuan/puan dengan sebarang komitmen bulanan. Namun, sekiranya tuan/puan berminat untuk melakukan wakaf secara bulanan ia adalah sangat dialu-alukan.
11. Bolehkah penyertaan Wakaf Kampung Malaysia dibuat terus ke akaun Syria Care?  
  Boleh. Selain penyertaan melalui laman web Wakaf Kampung Malaysia, penyertaan wakaf juga boleh dilakukan melalui kaedah FPX (pindahan atas talian) atau dimasukkan terus ke akaun Syria Care yang berikut:
▪ Affin Islamic: 105990040004
▪ Bank Islam: 12038010137755
▪ Bank Mualamat: 12020003634715
▪ CIMB Islamic: 8601894560
▪ Maybank Islamic: 562106653575
▪ RHB Islamic: 26225000021775       
 
  *Sebarang bukti transaksi mestilah dihantarkan ke email finance.syriacare@gmail.com atau melalui Whatsapp kepada Pegawai Kewangan di talian 011-2880 9820 berserta “kod transaksi: wakaf” untuk urusan rekod dan resit rasmi Wakaf Kampung Malaysia.Namun, adalah dinasihatkan agar para pewakaf untuk menggunakan laman web Wakaf Kampung Malaysia: syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria bagi memudahkan urusan.  
12. Bolehkah pewakaf meletakkan lebih daripada satu nama untuk penyertaan wakaf bagi pakej selain 1 lot?  
  Boleh. Tuan/puan perlu mengisi maklumat penama yang lain di ruang “Remarks” yang disediakan di laman web. Bagi yang membuat penyertaan melalui FPX (pindahan atas talian) atau bayaran terus ke akaun Syria Care, perlu memaklumkan kepada Pegawai Kewangan Syria Care senarai nama pewakaf lain serta menghantar bukti transaksi ke talian 011 – 2880 9820.   *Adalah diingatkan agar setiap pewakaf membeli dengan jumlah genap bagi setiap lot.  
13. Bagaimanakah cara bagi pewakaf yang berada di luar Malaysia untuk menyertai projek wakaf ini? Adakah ia boleh dilakukan secara bulanan?  
  Semua pewakaf boleh melayari laman web Wakaf Kampung Malaysia: syriacare.org.my/wakafperumahanpelariansyria atau melalui kaedah atas talian. (Sila rujuk maklumat di nombor 11) Penyertaan Wakaf Kampung Malaysia boleh dilakukan sepanjang projek ini berlangsung. Sekiranya tuan/puan ingin berwakaf secara bulanan, ia amat digalakkan.  
14. Adakah penyertaan secara atas talian di laman web Wakaf Kampung Malaysia akan dikenakan caj tambahan?  
  Tiada sebarang caj tambahan yang dikenakan.  
15. Berapakah had minimum untuk penyertaan Wakaf Kampung Malaysia?  
  Had minimum bagi wakaf perumahan ini adalah 1 lot yang bersamaan RM30.00. Bagaimanapun, tiada had maksimum bagi projek wakaf ini. Bagi perincian lanjut boleh rujuk laman web Wakaf Kampung Malaysia.  
16. Berapakah harga wakaf bagi sebuah rumah?  
  Harga wakaf bagi sebuah rumah adalah RM7,590.00 bersamaan 253 lot. Bagi perincian lanjut, sila rujuk laman web Wakaf Kampung Malaysia.  
17. Apakah bukti penyertaan wakaf sekiranya dilakukan secara atas talian di laman web Wakaf Kampung Malaysia?  
  Pewakaf akan menerima e-resit yang akan dihantar ke alamat email yang telah didaftarkan. Resit rasmi akan dikirimkan melalui pos kepada pewakaf setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).  
18. Bolehkah wakaf dinamakan atas nama orang yang telah meninggal?
  Boleh. Namun penyertaan hendaklah didaftarkan atas nama wakil yang masih hidup.
19. Adakah sampai niat sedekah pahala kepada si mati/arwah?
  Para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah telah bersepakat bahawa sesetengah amalan boleh disedekahkan pahalanya kepada si mati. Ia adalah amalan berikut: Wakaf dan sepertinya, Doa dan istighfar, Apa-apajenis ibadah yang boleh diwakilkan (seperti haji)
(Rujukan : https://ewakaf.muip.gov.my/portal/index.php/soalan)
Bertanya seorang sahabat kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah, ibuku telah meninggal dunia. Adakah jika aku bersedekah untuknya, maka pahala sedekah ini memberi manfaat kepadanya? Nabi menjawab “Ya”. (Riwayat Abu Daud & Tirmizi)
(Rujuk: Hasyiah Ibn ‘Abidin 1/605, Nihayatul Muhtaj 6/92)
20. Bolehkah sekiranya saya mewakilkan pihak lain untuk menunaikan wakaf saya kepada Syria Care?
  Boleh dengan syarat wakil perlu memberikan maklumat pewakaf yang lengkap bagi memudahkan pihak Syria Care mengeluarkan resit rasmi untuk tujuan simpanan tuan/puan yang akan dihantar melalui pos.
21. Adakah disediakan resit pembayaran secara fizikal kepada setiap pewakaf?
  Resit rasmi akan mula dihantar selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui pos.
22. Jika saya menjumpai duit yang tidak tahu pemiliknya, bolehkah saya mewakafkan duit tersebut?
  Tidak boleh, kerana bukan sempurna milik.
23. Apakah syarat orang yang ingin berwakaf?
  i)  Baligh
ii) Berakal
iii) Harta yang hendak diwakafkan hendaklah dimiliki penuh oleh pewakaf
iv) Berwakaf atas kerelaan sendiri tanpa ada paksaan dari sesiapa.
24. Adakah boleh berwakaf tanpa memaklumkan nama pewakaf?
  Boleh. Pihak Syria Care akan merekodkannya sebagai wakaf daripada “Hamba Allah” dan resit rasmi tidak akan dipos kepada tuan/puan.
25. Adakah dibolehkan berwakaf dengan menggunakan nama syarikat?
  Boleh, dengan mendaftarkan nama syarikat sebagai pewakaf. Sekiranya syarikat tuan/puan ingin berwakaf untuk sebuah atau lebih rumah, digalakkan untuk terus membuat bayaran menggunakan kaedah FPX (pindahan atas talian) ke akaun Syria Care melalui cara seperti di nombor 11.
26. Bagaimana saya ingin mendapatkan perkembangan terkini tentang projek ini?
  Tuan/puan boleh melayari laman rasmi media sosial Syria Care Malaysia (Facebook/Instagram/Twitter).  Pihak Syria Care akan mengemas kini maklumat berkenaan projek ini dan juga kerja-kerja kemanusiaan lain.


#stayathomeandwakaf

Kongsi Artikel Ini