Meet & Greet Greatest Love of Khai Bahar | 7.12.2019

Pada 7 Disember baru-baru ini, telah berlangsung acara Meet & Greet Greatest Love of Khai Bahar di Dewan D’Tunjog, Pandan Indah, Kuala Lumpur. Acara ini telah diadakan untuk meraikan peminat-peminat setia Khai Bahar sepanjang penglibatan karier seni beliau.

Dalam program ini, pihak penganjur telah memberi peluang kepada Syria Care untuk melakukan sedikit perkongsian tentang program dan kempen-kempen yang sedang dijalnkan. Sesi perkongsian ini telah dimulakan dengan pelancaran tabung oleh Khai Bahar sendiri. Seterusnya, tabung digerakkan ke seluruh dewan dengan anggaran seramai 400 orang lebih yang hadir pada hari tersebut. Alhamdullilah, sebanyak RM4, 080.00 berjaya dikumpulkan melalui program ini.

Video sokongan dan kebersamaan Khai Bahar X Syria Care juga turut ditayangkan. Selain itu, setiap RM5 daripada bayaran masuk untuk ke acara ini juga akan disalurkan ke tabung Syria Care.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur kerana telah membuka ruang unutk Syria Care berkongsi tentang kerja-kerja kemanusiaan dijalankan. Terima kasih tidak terhingga juga buat hadirin yang turut sama menyumbang dan menyokong kerjasama antara Syria Care dan Khai Bahar. Semoga usaha sama ini dapat diteruskan dengan lebih baik dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

#syriacareforhumanity #KBxSC

Leave a Reply