Isu Syria : Hanya satu dari 117 khemah ada alat pemanas

Permulaan musim sejuk menjadi satu lagi bencana ulangan kepada hampir 4 juta pelarian Syria yang berlindungi di utara Idlib yang pada masa sama terpaksa berdepan dengan serangan udara berterusan daripada tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia.

Tekanan rendah beserta dengan hujan lebat yang mula turun di kawasan barat laut wilayah itu diramal akan menenggelam sejumlah besar kem-kem pelarian di kawasan berhampiran sempadan Syria-Turki.

Sepanjang minggu lalu, beberapa tempat seperti Killi, di timur laut Idlib telahpun ditenggelami air.

Keadaan menjadi semakin kritikal di situ berikutan pertambahan mendadak pelarian ekoran serangan berterusan yang dilancarkan regim ke atas kawasan orang awam.

Berikutan perkembangan yang berlaku, Response Coordinators Team telah merayu kepada semua pihak dan pertubuhan kemanusiaan untuk menyediakan tempat berlindung termasuk membuka sekolah bagi menampung mangsa yang berpusu-pusu tiba untuk menyelamatkan diri.

Portal Syria Call dalam artikel pada 29 November lalu melaporkan dalam tempoh 24 jam lebih 2,147 keluarga atau seramai 11,812 orang lari serentak untuk menyelamatkan diri di utara Syria menghala ke kawasan yang bersempadan dengan Turki.

“Bilangan keluarga yang dipindahkan di wilayah Idlib sejak permulaan bulan ini (November) telah meningkat kepada 11,252 keluarga (61,229 orang). Menunjukkan kesusahan yang begitu payah untuk membuat bancian terhadap mereka yang dipindahkan berikutan serangan berterusan Rusia di pelbagai kawasan di bahagian selatan Idlib”, lapor portal itu.

Terdahulu Response Coordinators Team telah mengeluarkan rayuan kecemasan kepada semua pihak dan agensi kemanusiaan untuk menyediakan tempat berlindung serta membuka sekolah termasuk membina segera kem-kem bagi menampung kebanjiran berterusan pelarian dari kawasan yang diserang.

Di beberapa kawasan yang dianggap “selamat” seperti Atma, jumlah populasi pelarian naik mendadak dalam tempoh tiga bulan.

Menurut Palang Merah Turki (TRC), daripada 600,000 penghuni di situ, ia kini telah mencecah sejuta orang dan keperluan bagi menghadapi cuaca sejuk jauh dari mencukupi.

Bagi pengurus kem Sarot, Heric Casim apa yang amat diperlukan sekarang adalah bahan api untuk pemanas, kanvas dan bekalan makanan.

Katanya, dari 117 khemah, hanya satu khemah sahaja yang mempunyai pemanas.

“Terdapat 117 keluarga tinggal di sini. Bila mana hujan kami ditenggelami air. 25 daripada khemah tidak mempunyak khemah. Memandangkan minyak dan diesel begitu mahal, kami tidak mampu membelinya. Pelarian terpaksa memanaskan badan dengan selimut. Bagaimanapun berikutan cuaca sejuk di sini, selimut tidak dapat menampung memanaskan badan,” katanya seperti yang dilapor Daily Sabah.

Kepada mereka yang ingin menderma kepada mangsa konflik yang kini diancam musim sejuk, sumbangan boleh disalurkan melalui Syria Care melalui akaun berikut:

SYRIA CARE
🏧 Maybank Islamic: 562106653575
🏧 CIMB Islamic: 8601894560
🏧 Affin Islamic: 105990040004

Bagi kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0 (BMS 7.0) Syria Care menyasarkan kutipan sebanyak RM1.53 juta. Ia bagi menyediakan bantuan berupa pakaian sejuk, selimut, pek makanan, khemah dan bahan api untuk pemanas untuk dimanfaat lebih 55,000 pelarian di utara Syria.

Kami masih memerlukan RM900,000 untuk dihantar segera ke sana. Setiap ringgit yang anda sumbangkan mampu menyelamat nyawa mereka. /Foto Y Hamam.

Razali Awang
Media Syria Care

Ends

2 thoughts on “Isu Syria : Hanya satu dari 117 khemah ada alat pemanas”

Leave a Reply