Kotak coklat dari Malaysia.

Kotak coklat dari Malaysia.

Sewaktu saya dan para petugas misi tiba di Al Bab, utara pinggiran Aleppo Syria, kami terus dibawa ke gudang menyimpan selimut dan pek-pek makanan yang bakal diagihkan. Kemudia kami ke gudang lain yang menempatkan birin iaitu biji zaitun yang telah dikisar. Setelah minyak dikeluarkan hampasnya dikering serta dimampatkan untuk menjadi sejenis alat pemanas.
Tapi bukan itu yang saya nak kongsikan di sini. Saya nak cerita berkenaan kotak yang saya pegang tu.

Masa tu saya dah nak melangkah balik. Ternampak longgokan kotak tapi mula tu saya tak ambil peduli sangat. Tapi seorang petugas kami di sana menarik perhatian saya kepada kotak-kotak tersebut. Rupanya ianya kotak yang pernah diisi pakaian pemberian rakyat Malaysia buat pelarian Syria sewaktu Syria Care melaksanakan projek Warm their winter September lepas.

Satu masa dahulu ia berada di Malaysia. Tetapi kini ia berada di Syria dan dipakai para pelarian yang hidup mereka terdesak akibat tekanan hidup dalam zon perang.
Saya tersenyum melihat kotak-kotak tersebut. Kadang rasa macam mimpi kita boleh laksanakan projek itu, namun jarak bukan penghalang untuk kita menghulurkan bantuan buat mereka. Ia tidak lagi mustahil.
Nanti sayaa cerita lagi pengalaman di Syria.
Janji untuk ikuti travelog misi dekat-dekat ya!

#ommashares
#ommatravels
#ommainsyria
#misikemanusiaansyriacare11
#bantuanmusimsejuk7

Leave a Reply