HUMANITY NIGHT I-CONGRATS | TEDTALK | 28.11.2019

Pertama sekali, kami di Syria Care mengucapkan tahniah atas penganjuran HUMANITY NIGHT I-CONGRATS ’19 kepada semua komiti yang terlibat untuk menjayakan majlis penuh meriah ini,

Majlis ini dihadiri oleh En. Wan Rizaila Wan Mamat Saufi selaku Senior Assistant Director bagi Enterpreneurship Development Center, UIAM dan juga Puan Nurdieana Mohd Mardzi selaku Pengurus Besar Syria Care.

Perkongsian berkonsepkan TED talk juga telah disampaikan oleh dua wakil daripada Syria Care iaitu Bro Asyraf Abd Rahman dan PU Hilmi.

Bro Asyraf berkongsi tentang tajuk ‘What You Give, You Get Back’ yang menekan sifat alturisme dalam diri dan juga kerja kesukarelawanan. Manakala PU Hilmi bercerita tentang tajuk ‘Bersedia Untuk Hidup’ yang menfokuskan tentang pengertian kasih sayang dalam kehidupan.

Alhamdulillah, semua yang dirancang berjalan dengan lancar.

Selain itu, terdapat juga persembahan daripada artis seperti kumpulan The Prism, UNIC, Ruffedge dan MK (Kclique)

Humanity Night ini ini merupakan penutup bagi i-Congrats ’19. Istimewanya, majlis ini dianjurkan untuk mengutip dana sumbangan buat pelarian-pelarian di Syria melalui jualan tiket. Sambutan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar UIAM dan orang awam terhadap majlis ini amat memberangsangkan. Semoga dengan usaha ini dapat membantu sedikit sebanyak kelangsungan hidup pelarian-pelarian di Syria.

#syriacareforhumanity

Leave a Reply