“Siapa ketua pertubuhan ini?”

“Siapa ketua pertubuhan ini?”
“Saya..” saya menjawab pertanyaan insan yang banyak berjasa kepada dakwah Islam di peringkat antarabangsa.
“Pekerjaan wanita itu penting kerana ia melengkapkan pekerjaan lelaki…” beliau menyambung. Terkedu saya seketika. Sosok di hadapan saya ini mengiktiraf kerja-kerja yang saya lakukan ini.

“Aku doakan taufik dalam kerja-kerja kamu dan kejayaan dalam misi yang dilaksanakan.

“Pada diri kamu, negara kamu dan negara sekeliling kamu.

“Dan bawalah risalah Islamiyah untuk semua orang seperti mana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W”. Kata-kata itu sebahagian dari doa yang dilafazkan oleh Syeikhul Islam, Dr. Yusof al Qaradawi ketika menerima kunjungan saya dan anggota misi kemanusiaan Bantuan Musim Sejuk 7.0 di kediamannya di Doha, Qatar pada 19 November 2019 yang lalu.

Ungkapan darinya yang kini mencecah usia 93 tahun, begitu besar makna kepada diri saya secara khususnya dan juga kepada team kami secara amnya dan mereka yang menyokong usaha yang dilakukan Syria Care selama ini.

Sampai ke saat ini saya seperti tidak percaya pertemuan yang dirancang sejak kami di Malaysia lagi menjadi kenyataan.
Masih terasa debaran ketika dipanggil masuk ke bilik pejabatnya apatah lagi dapat bercakap dengannya secara berhadapan.
Lebih-lebih lagi apabila beliau mendoakan kerja-kerja kami.
Allahu Akbar…Alhamdulillah syukur sangat. Semoga Allah memperkenankan doanya.
Dan semoga Allah terus memberkati usaha ini.

Siti Sakinah Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0
Doha, Qatar
19 November 2019

#misikemanusiaansyriacare11
#bantuanmusimsejuk7

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *