CROWNS serah sumbangan untuk Bantuan Musim Sejuk 7.0.

Pertubuhan Jemari Crocheter Warisan Selangor (CROWNS) diketuai oleh Pn Norlena telah datang ke pejabat Syria Care bagi menyerahkan selimut, ‘snow cap’ dan mafla. Barangan ini adalah hasil kerja tangan wanita-wanita di sekitar Selangor yang telah dikumpul sejak bulan Oktober yang lepas.

Barangan ini akan dibawa oleh ‘team’ kami yang bakal berangkat pada penghujung November nanti bagi Misi Kemanusiaan Syria Care 11.0 sempena kempen Bantuan Musim Sejuk 7.0, inshaAllah.

Ini merupakan kali ke-3 pihak puan Norlena dan kawan-kawan mengusahakan projek crochet untuk pelarian Syria.

#warmtheirwinter #upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *