Kunjungan Hormat Syria Care ke JAWI

Kunjungan Hormat Syria Care ke JAWI

10 Oktober 2019 – Alhamdulillah, Kunjungan Hormat pihak Syria Care disambut baik oleh warga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Kehadiran kami ke sana bertujuan untuk menjalinkan kerjasama diantara Syria Care dan JAWI melalui Projek FoodBank4Syria.

Kerjasama ini diadakan tidak lain untuk menjana sumbangan bagi Kempen Musim Sejuk 7.0 (BMS7) yang sedang berlangsung pada masa ini.

Ia memberi penekanan kepada keperluan makanan di kawasan-kawasan kritikal di Syria khususnya.

In sya Allah, akan ada perbincangan susulan mengenai projek yang telah dicadangkan memandangkan pihak JAWI sangat menyokong kerja kemanusiaan Syria Care ini.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah JAWI, Tuan Haji Mohd Ajib bin Ismail kerana sudi menyambut baik kehadiran kami. Tidak lupa juga Ustaz Nizam dari Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI kerana telah mengaturkan pertemuan ini dan diharapkan agar apa yang dirancangkan bersama akan menjadi kenyataan dan dipermudahkan Allah S.W.T.

#FoodBank4Syria
#JAWIFoodBank
#BMS7.0

Leave a Reply