Misi Kemanusiaan Syria Care 10.0 – Ziarah Madrasah Ruwad (2)

Misi Kemanusiaan Syria Care 10.0 – Ziarah Madrasah Ruwad (2)

Sehari selepas ziarah keadaan sekolah En. Razali Awang sekali lagi kembali ke Madrasah Ruwad As Syamilah Lil Aytam (Perempuan).

Namun, kunjungan kali ini bertujuan untuk mengagihkan sumbangan kewangan kepada 9 orang guru sekolah ini yang tidak mendapat gaji sejak sekian lama.

Semangat mereka yang tinggi untuk mendidik anak-anak bangsa mereka menjadikan mereka terus kental memberi khidmat namun kita tidak dapat nafikan keperluan sara hidup mereka.

Agihan bantuan yang diberikan ini adalah hasil sumbangan orang ramai melalui Syria Care.

Terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

Teruskan menyumbang ke Tabung Kemanusiaan Syria Care:
🏧 Maybank Islamic,: 562106653575
🏧 CIMB Islamic: 8601894560
🏧 Affin Islamic Bank: 105990040004
Ref: SEKOLAH

Sumbangan atas talian:
http://www.syriacare.org.my/donate/

Hantarkan slip transaksi kepada Pegawai Kewangan Syria Care di talian 01128809820 untuk direkodkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *