Aku dan Atma ( Bahagian 2)

Emosi benar benar teruji apabila kami tiba di Sekolah Anak Yatim Karamah.

Dalam bicara lembutnya, Abu Syaaban menitiskan air mata merayu di depan kami, menceritakan nasib sembilan guru wanita di Sekolah Anak Yatim Karamah tidak mendapat gaji sejak beberapa bulan lalu.

Ditunjukkan kepada anggota misi sebahagian anak-anak yatim yang berada di situ dan membacakan hadis yang maksudnya seperti ini.

“Rasulullah dan penjaga anak yatim akan berada di syurga kelak,”.

Penjelasan dan ekspresinya membuatkan aku sebak. Ketika itu juga aku keluar dan mencari kot-kot ada isyarat telefon.

Ya Allah, usaha aku untuk menghubungi Ustazah Siti Sakinah mustahil kerana kami berada di luar liputan talian komunikasi.

Bersambung…

Razali Awang
Perunding Media Syria Care
Misi Kemanusiaan Syria Care 10.0
13 Ogos 2019
Atma,Syria

#syria
#syriacaremalaysia#syriacareforhumanity#misikemanusiaansyriacare10#Qurban4Syria

Leave a Reply