KEMPEN SATU RINGGIT @ TADIKA IMAN MUTIARA

Kempen Satu Ringgit #RM1SayaUntukAwak telah berlangsung dengan jayanya di Tadika Iman Mutiara, Tanjung Kling pada 25 Julai 2019 yang lepas dan merupakan tahun ke-2 kempen ini telah diadakan di tadika tersebut. Melihat kepada respon positif dari kalangan anak-anak dan ibu bapa, pihak tadika telah menjadikan ia sebagai acara tahunan.

Perkongsian dalam bentuk multimedia yang disampaikan oleh pihak Syria Care telah memberi pelbagai reaksi di kalangan anak-anak ini. Mereka turut sama merasakan kesusahan dan kesengsaraan yang berlaku terhadap saudara-saudara Syria yang senasib dengan mereka.

Pihak tadika telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM1,600.00 hasil dari sumbangan ibu bapa dan guru-guru yang telah dikutip dalam tempoh 3 bulan ini. Sebagai simbolik kepada kempen ini juga, tabung kemanusiaan Syria Care turut dilancarkan dan anak-anak ini berpeluang menyumbang ke tabung tersebut serta berjaya mengumpul sebanyak RM387.50.
InshaAllah, sumbangan ini akan disalurkan untuk Bantuan Musim Sejuk 7.0 nanti.

Alhamdulillah dan tahniah buat Tadika Iman Mutiara terhadap usaha dan keprihatian ini. Semoga dengan perkongsian dan penerapan nilai-nilai murni ini dapat membantu melahirkan generasi baharu yang cakna kepada isu kemanusiaan.

#rm1sayauntukawak  #upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *