KUNJUNGAN HORMAT DARI YADIM WILAYAH

12 Julai 2019, Syria Care telah menerima kunjungan hormat dari pihak Yayasan Dakwah Islam Malaysia Cawangan Wilayah yang diwakili oleh Ustaz Muhammad Hafiz bin Musa (Pengarah Kanan Sektor Pembangunan Ummah dan Wanita), Encik Fitri Aziz bin Mohd Yusof (Pengarah Bahagian Penyelarasan NGO dan Rakan Strategik) dan Encik Mohd Firdaus bin Mohd Rusli (Penolong Pengarah YADIM Wilayah).

Pertemuan ini diadakan bersama Ustazah Siti Sakinah Meor Omar Baki (Pengerusi Syria Care) dan Puan Nurdieana binti Mohd Mardzi (Pengurus Kanan Syria Care) untuk membincangkan bentuk kerjasama yang boleh dijalinkan. Turut dikongsikan kepada wakil-wakil YADIM adalah pengalaman semasa misi kemanusiaan serta usaha-usaha kemanusiaan yang dilaksanakan oleh Syria Care.

Semoga jalinan kerjasama yang akan dijalankan nanti berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah SWT.
#upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *