Sesi ‘Skype’ bersama ibu tunggal dan anak-anak yatim di Al Bab, Pinggiran Utara Aleppo, Syria.

Alhamdulillah.. Hari ini Selasa, 25 Jun 2019 – warga kerja Syria Care berkesempatan untuk mengadakan sesi ‘Skype’ bersama ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim yang ditaja oleh rakyat Malaysia, Singapura dan Brunei melalui The Orphans Project di bawah kelolaan Syria Care.

Tujuan sesi ‘Skype’ ini diadakan untuk bertanya khabar mereka di sana dan melihat secara langsung wajah anak-anak yatim yang telah menerima tajaan bantuan bulanan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas nikmat ini.

Kami juga sempat bersembang dengan adik Sham (Duta kecil Syria Care di Syria) yang turut berada lokasi berkenaan😊

Terima kasih yang tidak terhingga kepada NGO Ulfah Relief di sana kerana menjayakan sesi ‘Skype’ ini bersama.

Masih ramai anak yatim di Syria yang perlukan tajaan daripada anda semua. Bertindaklah sekarang agar kehidupan mereka lebih baik dengan bantuan anda..

Sekiranya anda berminat, sila hubungi Koordinator The Orphans Project di talian +601121004807

#TheOrphansProject 
#SyriaCare

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *