Desak siasatan bebas kematian Morsi

Berita kematian bekas Presiden Mesir yang digulingkan Mohamed Morsi seperti yang dilaporkan media negara itu dipertikai pelbagai pihak.

Bagi Ikhwanul Muslimin, apa yang terjadi ke atas presiden pertama yang dipilih melalui demokrasi oleh rakyat Mesir itu, telah dirancang kerana selama berada dalam tahanan Allahyarham telah dilarang menerima ubat, lawatan dan hanya terdapat sedikit maklumat tentang keadaan kesihatannya.

“Kami menyokong gesaan untuk penyiasatan bebas antarabangsa ditubuhkan dan penemuan yang diperolehi diumumkan. Ini mesti dilakukan tanpa berlengah-lengah.

“Kami meletakkan rejim Mesir sepenuhnya bertanggungjawab atas kematiannya.

“Dalam keadaan semasa dalam penjagaan penuh penindasan regim Mesir, kematiannya sengaja dirancang oleh kerajaan.

“Dia meninggal dunia melalui kempen agresif dan ganas oleh rejim Mesir,” petik kenyataannya yang dikeluarkan di London, Britain.Tuntutan sama turut dibuat Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Masjid Sedunia Pertahanan Aqsa dan Persatuan Antarabangsa Ulama Islam Malaysia mendesak siasatan penuh kematiannya. Perkara berkenaan ditegaskan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkannya.

“Kami sedih dengan berita kematian bekas Presiden Mesir As Syahid Dr. Mohamed Morsi selepas dilapor jatuh di mahkamah Kaherah hari ini.

“Kami menyampaikan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarganya dan Ikhwanul Muslimin dan rakyat Mesir yang ditindas.Semoga Allah memberkati rohnya dan memberikan kepadanya pahala jannah,” petik kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Human Rights Watch (HRW), menegaskan masyarakat antarabangsa perlu tahu punca kematian pemimpin itu.Pengarah Eksekutif HRW, Sarah Leah Whitson, berkata, kerajaan Mesir telah menafikan hak Morsi untuk mendapatkan rawatan perubatan ketika dia ditahan.“Dia telah dinafikan makanan dan ubat yang mencukupi. Kerajaan Mesir telah mengetahui dengan jelas mengenai keadaan kesihatannya yang merosot. Dia telah kehilangan banyak berat badan dan juga pengsan di mahkamah beberapa kali.”Dia ditahan di dalam penjara bersendirian tanpa akses kepada televisyen, email atau komunikasi dengan kawan dan keluarga,” kata HRW.Sebelum ini, pada Isnin, Morsi dilaporkan jatuh ketika perbicaraan berlangsung dan laporan awal mendakwa ia akibat serangan jantung dan strok.

Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Reply