Diserang ketika berbuka puasa

Sekurang-kurangnya 12 maut dan lebih 18 lagi cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera regim Bashar al Assad dan sekutunya, Rusia ke atas sebuah pasar di Maaratul Nu’man pada waktu berbuka puasa pada 21 Mei 2019.

Menurut Syrian Obeservatory for Human Rights (SOHR), serangan dibuat ketika premis itu sesak dengan orang ramai.Sebahagian besar mayat mangsa dilaporkan berkecai.Pengeboman turut menyebabkan kemusnahan di bangunan sekitar.

“Penduduk masih takut,” kata Ahmad, salah seorang peniaga di pasar berkenaan kepada AFP.Tidak lama selepas itu, Saraqib pula menjadi sasaran.Serangan pada Rabu membunuh sekurang-kurangnya empat nyawa.

Keganasan yang sama turut disasarkan tentera regim dan sekutunya ke atas orang awam di Maaret Hermeh. SOHR turut mengesahkan seorang terbunuh dalam serangan ke atas Jisr al Shughour.

Terdahulu pada Selasa, Jabatan Negara Amerika Syarikat mendakwa terdapat petunjuk, tentera regim menggunakan senjata kimia termasuk gas klorin dalam serangan yang dilakukan di bahagian barat laut Idlib pada Ahad lepas.

Razali Awang Media Syria Care

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *