Travelog MKSC 9.0: Tanah perkuburan

Entah kenapa semasa melalui kawasan perkuburan yang terletak ditengah-tengah hiruk pikuk manusia disini. Hati saya menjadi sebak dan emosi agak terganggu..

Terlalu banyak nyawa yang terkorban sejak berlakunya konflik kemanusiaan di sini. Tidak mengira usia, semuanya menjadi mangsa.

Namun, apa yang lebih teruk, mereka yang terkorban ini adalah mereka yang berjuang mempertahankan hak mereka TETAPI digelar pengganas! Tak adil bukan?

Benarlah bagai dikata, kekuasaan yang dimiliki boleh memusnahkan kehidupan dan masa hadapan orang lain demi memuaskan nafsu serakah yang bermaharaja didalam diri.

“Apakah tiada lagi belas kasihan dan perikemanusiaan di tanah ini?” Saya tidak mampu untuk menjawab pertanyaan hati ini…..

Fayyadh
Admin Syria Care
Kem Syuhada
#MisiKemanusiaanSyriaCare9

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *