Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 : Hari 4 : Ziarah dan Agihan Sumbangan untuk Keluarga OKU

Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 (2019)

Hari 4 | 5 Mei 2019

Ziarah dan Agihan Sumbangan untuk Keluarga OKU

Masih ingat kisah Ahmad yang berusia 45 tahun namun terpaksa diikat kakinya demi kesalamatan?

Pada hari keempat Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0, para petugas dibawa untuk menziarahi sebuah keluarga yang mempunyai enam orang adik beradik. Salah seorang daripadanya adalah Ahmad.

Sungguh hebat ibu bapa mereka kerana dikurniakan enam orang cahaya mata yang semuanya adalah OKU (Orang Kelainan Upaya) sejak lahir. Mereka sekeluarga tinggal di dalam sebuah khemah uzur dan daif tanpa bekalan air dan elektrik.

Bagaimana agaknya kehidupan mereka seharian ditambah lagi pda musim sejuk?

Semoga Allah pelihara mereka.

Pada akhir ziarah, Dr. Husam Al Din selaku wakil Syria Care telah menyerahkan sumbangan orang ramai kepada Abu Ahmad sebagai bantuan meringankan sedikit bebanan mereka sekeluarga.

_______

Sumbangan khas untuk Ramadan boleh disalur melalui akaun bank Syria Care;

• Maybank: 562106653575

• CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:

• http://www.syriacare.org.my/donate/

atau

• https://www.billplz.com/KRAK7

#misikemanusiaansyriacare9 #kempenramadanalkhair7 #raikanramadanbersama

Leave a Reply