Travelog MKSC 9.0: Ziarah Sheikh Ali As Sobouni

Aktiviti pertama bagi Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0 adalah menziarahi insan mulia yang telah mengabdikan keseluruhan hidupnya untuk ummah dan merupakan sosok yang berperanan di sebalik penubuhan Syria Care pada 4 Mei 2019.

Kami bergerak secepat mungkin untuk tiba di kediamannya seperti waktu yang dberikan kepada kami oleh anaknya kerana perjalanan mengambil masa lebih dari satu jam.

Sebaik sahaja kami tiba dan dipelawa masuk oleh cucunya kami duduk menunggu beliau keluar.Dan hanya setelah beberapa minit beliau keluar didorong oleh cucunya.Walaupun keadaanya agak uzur namun wajahnya bercahaya mengisi setiap ruang bilik tamu itu.

Tidak membuang masa saya terus mendekatinya dan membuka hadiah yang kami bawa.Kali ini kami membelinya hadiah berupa makanan kesihatan dan kami sangat berharap ia akan membantunya menjalani ibadah puasa dalam Ramadan kali ini.

Saya juga sempat memperlihatkan kepadanya gambar sewaktu kali terakhir saya melawatnya pada November 2017 bersama peserta Kembara Jiwa dan Kemanusiaan Syria Care 1.0.

Sepanjang 5 tahun bekerja sepenuh masa dengan Syria Care ini merupakan kali keempat saya berpeluang menziarahinya dan saya sangat bersyukur kami dapat berkhidmat kepadanya walaupun dalam bentuk yang kecil.

Semoga Sheikh terus diberi kesihatan yang baik dan semoga Allah memberkati usianya.

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Misi Kemanusiaan Syria Care 9.0
Yalava,Turki

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *