Bowling : Just For Fund

Dalam berseronok kita menyumbang.

Bowling Just For Fund anjuran Skuad Sukarelawan Syria Care, Syria Care dan Khai Bahar Empire telah dilaksanakan pada malam tadi bertempat di Ampang Superbowl eCurve Petaling Jaya.

Seramai 80 orang telah mengambil bahagian untuk terlibat sama di dalam program ini. Alhamdulillah beberapa badan korporat telah turut sama menyokong usaha ini bagi menjayakannya.

Terima kasih buat Kelab Kilat TNB Kuala Lumpur, Katering Enak Rasa , Yayasan Kazhana , Pasukan Ikon Kemanusiaan Syria Care (Khai Bahar & Ustaz Azadan Rabbani) dan Khai Bahar Empire serta beberapa kumpulan orang awam yang sudi terlibat sama.

Tahniah diucapkan kepada kumpulan TNB 1 yang berjaya meraih Johan berkumpulan , diikuti oleh kumpulan Katering Enak Rasa yang mendapat Naib Johan dan Kumpulan TNB 2 yang berjaya mendapat tempat ke-3. Syabas juga buat Puan Nora dan En. Zack yang masing-masing telah berjaya merangkul hadiah kategori pemain wanita dan lelaki terbaik.

Matlamat penganjuran program ini juga adalah untuk mengumpul dana sumbangan bagi Tabung Kemanusiaan Syria Care. Alhamdulillah melalui pengajuran program ini ia telah berjaya menjana sumbangan sebanyak RM2000.00 yang akan digunakan untuk Kempen Ramadan Al-Khair 7.

Terima kasih kepada yang telah menjayakannya.

[huge_it_slider id=”619″]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *