Senjata aku adalah senyumanku

Kau menghantar bom kamu kepadaku.
Adakah aku nampak seperti “pengganas”.
Jika aku mati hari ini atau esok.
Ingat, senjata aku.
Ia adalah senyumanku.
Dan ini adalah jawapan kepada bom kamu.
Sejuta kanak-kanak di sini.
Ia bukan perang kami.


Menggunakan bait-bait yang ringkas, Marwa cuba menyampaikan mesej kepada dua pelaku utama konflik di Syria, Presiden Syria, Bashar al Assad dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.


Di atas sekeping kertas, kanak-kanak ini mempersoalkan serangan berterusan yang dilakukan ke atas orang awam termasuk mereka yang sebaya dengannya di Maaratul Nu’man, Idlib yang sepatutnya menjadi kawasan bebas perang.


Berserta gambar dan karangan puisi yang dimuat naik di laman sosial, Marwa menanya adakah dia nampak seperti “pengganas”.?
Apa yang diluahnya mewakili lebih sejuta kanak-kanak di wilayah berkenaan yang sentiasa berada dalam ketakutan kerana pada setiap masa nyawa mereka diancam termasuk sewaktu berada dalam bilik darjah.

Ketika puisi Marwa bergerak di media sosial, sekurang-kurangnya dua mereka yang sebaya dengannya menemui ajal angkara serangan roket tentera regim Bashar al Assad, di sebuah sekolah dekat kampung Sheikh Idris, Idlib.


Dalam bait yang dikarangnya, dia juga membayangkan perkara yang sama mungkin akan menimpanya. 
Kata, Marwa jika ia berlaku, senjata yang dia ada hanyalah senyuman. Bukannya senjata api.!!!


Itu mesej yang ingin disampaikan kepada masyarakat dunia yang terus berpeluk tubuh dan sekadar memerhati pembantaian serta pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Idlib.
Kesian Marwa dan mereka yang seusia dengannya kerana sepanjang hayat, mereka tidak pernah mengecapi rasa aman. Siang dan malam menunggu masa untuk dibunuh.
Berikut pautan puisi penuh yang dikarang Marwa https://www.facebook.com/…/pcb.211515201…/2115143131905847/…

Razali Awang 
Media Syria Car

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *