Suku juta pelarian jadi mangsa banjir

Lebih 250,000 pelarian di utara Syria menjadi mangsa bencana banjir di kawasan berkenaan.

Berikutan keadaan yang semakin buruk ditambah lagi dengan cuaca sejuk, mereka merayu bantuan masyarakat antarabangsa.

Permintaan yang sama dibuat White Helmets kepada pihak berkuasa Turki supaya menyediakan bantuan kecemasan secepat mungkin bagi membolehkan mangsa membaiki khemah mereka.

Middle East Monitor melaporkan arus deras telah menghanyut ratusan khemah dan merosakkan barang-barang mangsa.

Sehingga 28 Disember, sekurang-kurangnya 11 kem pelarian telah rosak serta terjejas teruk selepas dilanda banjir akibat hujan lebat.

Pelarian mendakwa bencana kali ini adalah paling buruk sejak konflik negara itu tercetus lebih tujuh tahun lalu.

Di beberapa kawasan rendah air dilapor melebihi semester dan sukarelawan White Helmets kini bertungkus lumus untuk menyelamat mangsa yang terperangkap ke kawasan lebih selamat.

Banjir juga turut menghalang ambulans untuk membawa keluar kanak-kanak dan warga emas yang terperangkap dengan kesejukan.

Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Reply