Travelog MKSC 7.0 : Kami bersama

Semua peserta misi dikehendaki berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala lumpur sebelum jam 7 pagi memandangkan penerbangan kami pada jam 10 pagi.

Saya seperti juga enam petugas lain, dari malam sebelumnya memang tidak berhenti berkemas, menyusun dan memeriksa segala benda. Paling mustahak dokumen perjalanan.

Walaupun saya telah berkali-kali pergi misi, tetapi bab mengemas kain baju memang saya lemah. Jadi sebelum betul-betul boleh ‘tutup beg’ mengambil masa yang lama juga. Tapi yang penting sebelum tidur semua dah beres.

Selesai sahaja suami solat subuh di surau hadapan rumah, kamipun bertolak. Jalan masih lengang kerana masih awal jadi kami tak terlewat sampai di KLIA.

Namun yang menariknya dan antara tujuan besar saya menulis ini ialah kerana bukan sahaja kami peserta misi yang terdiri dari lima staf termasuk saya, seorang jurugambar dan dua orang wartawan yang berada di sana dari awal pagi. Bahkan kesemua anggota pekerja Syria Care turut berada di sana untuk menghantar kami. Seorangpun tidak terkecuali!

Mereka datang memberi sokongan kepada kami. Membantu urusan daftar masuk semua beg-beg dan barang-barang yang hendak dibawa. 

Ia bukan berakhir di situ, bahkan menunggu sehinggalah kami melepasi pemeriksan imigresen dan hilang dari pandangan sebelum menyusul pulang. Mereka bukan balik ke rumah. Tetapi mereka ‘pulang’ untuk masuk pejabat!

Sebagai salah seorang peserta misi saya sangat terharu dan berterima kasih dengan sokongan yang diberikan. Pagi-pagi hari lagi sudah kena keluar rumah. 

Tapi itulah mereka.

Di Syria Care kami cuba sedaya mungkin mengekalkan suasana ‘keluarga’ dalam urusan seharian. Namun kerja tetap kerja.

Sebab berada di lapangan ini menyedarkan kita betapa beruntungnya kita di bumi Malaysia walaupun kadang-kadang kita diuji dengan berbagai dugaan. 
Melaksana kerja-kerja kemanusiaan tidak mudah. Amanah dan tanggunggjawab yang dipikul adalah satu ujian yang besar. Selaku ketua, adakalanya saya “hard to please”. 

Namun saya akui, untuk sampai tahap ini tanpa sokongan dari kakitangan yang saya anggap seperti adik beradik, ia tidak mungkin menjadi kenyataan.

“You guys are my pillars.! 

Semoga Allah merahmati kita semua dalam menempuh pelbagai dugaan dan menjadi asbab untuk kita bertemu serta disatukan di syurga kelak.

Semoga ukhuwwah yang terbina menjadi jambatan kasih menuju redha Ilahi.

Selaku Ketua Misi Dan kemanusiaa Syria care 7.0, saya ingin merakam jutaan terima kasih kepada semua kakitangan Syria Care di atas komitmen kerja yang diberikan.

Di sudut khusus hati saya, kalian adalah insan yang benar-benar mulia dan istimewa.

Anda semua telah memainkan peranan besar bagi mencapai matlamat kerja-kerja misi kemanusiaan yang dijalankan selama ini. 

Tanpa sokongan yang diberi, mana mungkin Syria Care dan saya sendiri dikenali.

Ewah berjiwang pula saya kali ini ya?

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong serta pendokong kerja-kerja kemanusiaan Syria Care. 

Sama ada anda sedar atau tidak, bakti yang disumbangkan terlalu besar dan begitu bermakna bagi mereka di sana, yang telah kehilangan segala apa yang mereka miliki. 

Kalian telah memberi harapan kepada ratusan ribu jiwa yang dipinggirkan dunia. Keperihatinan anda memberi mereka harapan untuk hari esok yang lebih bermakna. 

Saya menjadi saksi bagaimana mereka begitu terharu dengan apa yang anda sumbangkan selama ini. Percayalah, anda semua sering dalam setiap doa yang mereka panjatkan kerana bersyukur di atas sumbangan yang telah disampaikan.

Semoga Allah menerima semua usaha dan amalan kita.

Love you all!

Siti Sakinah binti Meor Omar Baki
Ketua Pegawai Eksekutif Syria Care
Shah Alam
25 Disember 2018

#travelog
#Iamahumanitarianworker
#misikemanusiaansyriacare7

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *