Pelajar kulit putih buli pelarian Syria

Seorang remaja perempuan yang berasal dari Syria dimasukkan ke hospital selepas cedera dibuli pelajar kulit putih.

Dia dibelasah ketika berada dalam tandas di Sekolah Tinggi Chartiers Valley, Bridgeville, Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Dalam rakaman yang dimuatnaik di laman sosial, ia menunjukkan mangsa yang bertudung ditolak ke lantai dan dipukul berkali-kali termasuk di kepala serta dicaci maki.

Menurut Pittsburgh’s Action News, penyerang berang selepas ditegur kerana menghisap vape.

Susulan insiden yang berlaku, Council on American-Islamic Relations (CAIR), meminta siasatan bebas dibuat bagi memastikan ia tidak berat sebelah.

Desakan itu dibuat selepas pihak berkuasa mendakwa tiada petunjuk serangan yang dilakukan bermotif perkauman dan agama.

Salah seorang pelajar sekolah berkenaan, Alexis Work yang turut memuatnaik klip berkenaan di laman Facebooknya kecewa dengan apa yang berlaku.

“Saya marah bila melihatnya. Ia bukan pergaduhan. Ini buli. Orang yang menyerang juga berkawan dengan saya di fb (Facebook) hei perempuan, kau sepatutnya rasa malu, begitu juga yang merakamnya.

“Chartier Valley pastinya lebih jelas mengenai apa yang berlaku adalah teruk. Saya harap berada di sana untuk menolong atau melerainya. Kongsi (status) ini. Pastikan penyelesaiannya, Chartier Valley lakukan sesuatu atau perkara ini akan berterusan berlaku,” kata Work.

Mangsa berusia 14 tahun tiba di Amerika Syarikat bersama keluarga selepas dua tahun berada di kem pelarian.

Penyerang kini digantung dari sekolah sehingga Khamis (20 Disember) sehingga pertuduhan ke atasnya akan dibuat.

Sementara itu, Zohra Lasania, salah seorang pengarah CAIR berkata, mangsa adalah satu-satunya anggota keluarga itu yang tahu berbahasa Inggeris dan cuba menyesuaikan diri.

Bayangkan lari dari perang dan kemudian terpaksa menempuh sesuatu seperti ini,” katanya seperti dilapor Yahoo Lifestyle. /Foto Daily Mail

Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Reply