JELAJAH KEMANUSIAAN IPT 2018 MELABUHKAN TIRAI PENUTUP @ KUPTM, KL

19 Disember 2018, Kolej Universiti Poly-Tech Mara adalah destinasi terakhir Jelajah Kemanusiaan IPT bagi tahun 2018. KUPTM adalah IPT ke-7 dan merupakan pelengkap kepada 7 sasaran IPT bagi program penjelajahan ini. Bermula di UNISEL seterusnya ke UIAM, UNISZA, KLMUC, UNIKL, USIM dan akhir sekali KUPTM.

Alhamdulillah program ini telah mendapat sambutan yang menggalakan daripada warga KUPTM sekitar 300 orang yang terdiri daripada mahasiswa, kakitangan dan juga orang awam.
Program telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar & Gaya Hidup Kampus KUPTM iaitu YBhg Dr. Haji Mohd Noor Azman Bin Othman. Sejurus selepas itu Ustaz Rizal Ali selaku Naib Pengerusi Syria Care pula telah menyampaikan ucapan sekali gus merasmikan penutupan JKIPT bagi tahun 2018.

Seterusnya Forum Bicara Kemanusiaan mengambil tempat bagi meneruskan program. Forum tersebut telah dikendalikan oleh Moderator PU Azhar Helmi dan ahli panel dibarisi oleh Puan Nurdieana (Pengurus Kanan Syria Care), Prof. Madya Dr Mohd Nor (Penasihat Kehormat Pendidikan Syria Care) dan Khai Bahar (Ikon Kemanusiaan Syria Care).

Selepas sahaja tamat forum Tabung Kemanusiaan dilancarkan sebagai simbolik keprihatinan KUPTM terhadap isu kemanusiaan Syria. Akhir sekali penutup JKIPT 2018 diakhiri dengan persembahan nyanyian daripada Ustaz Azadan, PU Hilmi dan Khai Bahar.

#SyriaCare #SCevents #syriacareforhumanity #JKIPT18 #JelajahKemanusiaanIPT2018 #IniBukanKerjaMainmain #PenutupJKIPT #upliftingsoulandhumanity

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *