Jelajah Kemanusiaan IPT 2018 di UniKL

24 Oktober 2018 – Jelajah Kemanusiaan IPT 2018 anjuran Syria Care telah diadakan di Universiti Kuala Lumpur – Malaysian Institute of Information Technology (UniKL – MIIT) dengan kerjasama Kelab PERKIM UniKL yang menggelarkan mereka sebagai SyriAvengers untuk JKIPT18. Dan UniKL merupakan IPT yang ke-5 dalam siri JKIPT18 ini.

Pengisian slot untuk JKIPT18 – UniKL ini adalah Bicara Kemanusiaan pada sebelah petang dan Mini Showcase pada sebelah malam.

Untuk Bicara Kemanusiaan, menampilkan ahli-ahli panel iaitu Ustazah Siti Sakinah binti Meor Omar Baki (Pengerusi Syria Care), Prof. Madya Dr Mohd Nor Mamat (Pensyarah UiTM dan Penasihat Kehormat Program (Pendidikan) Syria Care) dan Azadan Aziz (Ikon Kemanusiaan Syria Care) serta Azhar Hilmi sebagai moderator. Melalui bicara ini, ketiga-tiga panel menitik beratkan kerja-kerja kesukarelawanan boleh dilakukan dimana-mana dan pelbagai cara. Turut hadir juga dalam bicara ini adalah Dr Norsazali bin Abdullah, Penasihat Kelab PERKIM UniKL dan Dr Megat Farez Azril Zuhairi, Timbalan Dekan Student Development & Campus Lifestyle (SDCL).

Pada sebelah malam, Mini Showcase dimeriahkan dengan artis-artis terkenal tanahair yang juga merupa ikon-ikon kemanusiaan Syria Care iaitu Khai Bahar, Azadan Rabbani, Azhar Hilmi dan Ikhwan Fatanna. Selain itu juga, sesi cabutan nombor bertuah dan penyampaian hadiah kepada pemenang slogan bergambar bertemakan #syriacare juga diadakan. Turut hadir ke mini showcase ini adalah En.Lukmanul Hakim bin Sutan Bakhtiar, Eksekutif Pembangunan Pelajar UniKL.

Mini Showcase ini telah dirasmi oleh Puan Nurdieana Mohd Mardzi, Pengurus Kanan Syria Care. Dalam ucapan perasmian, beliau turut menekankan agar kita semua bersama-sama dalam usaha kemanusiaan dan tanpa perlu memikirkan latarbelakang dalam membantu.

JKIPT18 UniKL diakhiri dengan penyerahan wang sumbangan hasil dari jualan tiket mini showcase oleh En. Wan Shahir, Pengarah Projek dan wang tersebut akan disalurkan untuk kempen Bantuan Musim Sejuk 6.0. Pihak Syria Care turut menyerahkan cenderahati kenangan JKIPT18 kepada wakil UniKL.

#jkipt18unikl #inibukankerjamainmain

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *