Penentang berundur?

Kumpulan pertama kumpulan penentang anti Presiden Bashar al Assad mula memindahkan pejuang dan senjata berat mereka dari pinggir barat Aleppo.
Ia membabitkan antara 8,500 hingga 10,000 anggota pejuang Faylaq al Syam.
 
Perkara itu Ketua Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), Rami Abdurraahman kepada agensi berita AFP.
 
“Ia adalah kumpulan kedua paling berkuasa di utara Syria dari sudut kekuatan senjata dan ketiga paling kuat dari segi pejuang,” dakwanya.
Bagaimanapun perkara itu kemudian dinafikan Jurucakap National Liberation Front (NLF), Haji Mustafa.
 
“Tiada pengunduran senjata berat dari mana-mana kawasan atau dari barisan hadapan.
 
Laporan ini disangkal, sama sekali dinafikan,”jelasnya kepada AFP.
 
NLF yang disokong Turki telah dibentuk pada Ogos lepas, membabitkan gabungan beberapa penentang anti Bashar seperti Ahrar al-Sham and Nureddine al Zinki serta beberapa kumpulan kecil lain bagi menghadapi Hayyat Tahrir al-Sham (HTS), sekutu Al Qaeda yang kini menguasai lebih 60 peratus kawasan di Idlib.
 
17 September lalu dalam pertemuan di Sochi, Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatnya, Presiden Recep Tayyip Erdogan bersetuju untuk mewujudkan DMZ sebagai penyelesaian untuk mengelak pertumpahan darah di Idlib susulan ancaman serangan tentera regim Bashar ke atas kawasan berkenaan.
 
Di bawah persefahaman yang dicapai, kawasan seluas 15 hingga 20 kilometer akan dijadikan zon penampan bermula 15 Oktober ini dan ia akan dipantau kedua negara berkenaan./Foto AFP.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Reply