S-300:Rusia perkukuh pertahanan udara Syria

Rusia akan membekalkan sistem pertahanan misil S-300 bagi membantu regim Bashar al Assad melindungi ruang udaranya dari pencerobohan dan ancaman luar.
Ia akan dilakukan dalam tempoh dua minggu.
 
Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu berkata keputusan itu dibuat Presiden Vladimir Putin bagi mengelak kejadian tembakan pesawat pengintipnya berulang.
Tegas Kremlin, pemasangan S-300 hanya untuk menjamin keselamatan ketenteraan Rusia dan bukannya mengancam mana-mana negara ketiga.
Pada masa sama juga Rusia memutuskan untuk menyekat navigasi dan sistem satelit serta komunikasi pesawat pejuang dari beroperasi di bahagian timur Mediterranean.
 
Sebelum ini, Moscow menyalahkan Israel dalam insiden penembakan jatuh pesawat pengintip II-20, yang membawa 15 penumpang dan anak kapal.
Ia kemudian disanggah Tel Aviv dan menegaskan tembakan dilepaskan sekutu Rusia sendiri, Syria.
 
Lima tahun lalu, Moscow menangguhkan penghantaran sistem berkenaan atas permintaan Israel.
 
“Sekarang keadaan telah berubah dan ia bukan kesilapan kita” kata Shoigu seperti dilapor BBC.
 
Razali Awang
Media Syria Care

Leave a Reply